Apa Motif PAS Bantah USS George Washington Berlabuh?
RAKYAT Malaysia secara majoritinya tak faham dengan tindakan PAS membantah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS George Washington berlabuh dipelabuhan Port Kelang dalam rangka perjalanan pulang ke Amerika Syarikat dari pengkalannya di Jepun.
Apa yang cuba dibuktikan PAS disitu?
Kalau ikut dari cakap Mat Sabu dari Lajnah Syiah & Komunis PAS, itu tindakan hipokrit pemimpin UMNO takkala mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengkritik penerimaan dana asing oleh beberapa NGO dan parti komponen Pakatan Rakyat, termasuk PAS sendiri.