Translate

10/10/2012

PAS MAIN WAYANG DAN MAT SABUN OTAK LEMBU

matsabu_gwc

Apa Motif PAS Bantah USS George Washington Berlabuh?


RAKYAT Malaysia secara majoritinya tak faham dengan tindakan PAS membantah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS George Washington berlabuh dipelabuhan Port Kelang dalam rangka perjalanan pulang ke Amerika Syarikat dari pengkalannya di Jepun.

Apa yang cuba dibuktikan PAS disitu?

Kalau ikut dari cakap Mat Sabu dari Lajnah Syiah & Komunis PAS, itu tindakan hipokrit pemimpin UMNO takkala mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengkritik penerimaan dana asing oleh beberapa NGO dan parti komponen Pakatan Rakyat, termasuk PAS sendiri.

Eh, apa pulak berkaitan dengan kapal tersebut nak berlabuh, dengan PAS makan duit yahudi?  Tak faham betul ni.  Tak nampak kaitan macam mana PAS yang makan duit yahudi, UMNO pulak dituduh hipokrit kerana benarkan kapal pengangkut tersebut berlabuh.

Itu kapal pengangkut Amerika Syarikat, bukan kapal pengangkut Israel.

Bandingkan pulak dengan dana yang diterima NGO dan parti komponen Pakatan Rakyat termasuk PAS, itu memang duit yahudi pasal George Soros adalah seorang yahudi!!

Ada salah kat mana-mana yang penulis cakap ke?  Kalau ada sila tunjukkan dimana sebab ramai orang konfius sampai ke tahap taknak ambik pusing dah dengan tuduhan terbaru yang dibuat Mat Sabu ni.

Dia sendiri kembung makan duit yahudi masa Bersih (Ambiga mengaku Bersih terima dana asing dari Soros) itu hari, ada hati nak tuduh pemimpin UMNO hipkorit sebab benarkan kapal pengangkut pesawat Amerika berlabuh di Pelabuhan Klang.

Tak ada kaitan dan kena mengena langsung pun.  Asyik divert saja tahunya si Mat Sabu ini ya.

Persoalannya disini, adakah dengan membantah kapal tersebut berlabuh, PAS nak tunjuk dia parti pejuang Islam sebenar ke?  Adakah kalau Pakatan Rakyat menang, PAS akan hasut Anwar supaya putuskan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat ke?

Berani ke Anwar?  Berani ke PAS, berani ke Mat Sabu?

Sebetulnya, inilah strateginya Pakatan haram ini bila ada hal-hal berkaitan Amerika dan yahudi yang nak dijadikan isu politik.  Dalam hal macam ini, peranan akan diberikan kepada PAS, DAP dan PKR (terutama sekali Anwar Ibrahim) akan membisu, diam seribu bahasa.

Nak buka mulut takut, sebab depa dan/atau NGO haram yang ditaja mereka terima bantuan wang secara langsung dari yahudi Amerika, George Soros.

Sedangkan PAS terima wang secara tidak langsung.  Sifirnya, Bersih terima dana dari Soros (sebut yahudi), kemudiannya Bersih akan serah wang itu kepada PAS untuk bayar elaun ahli-ahlinya datang ke rusuhan Bersih di Kuala Lumpur.

Tak langsunglah tu.

Sebab itu dalam hal-hal macam ini PAS digunakan, dengan Mat Sabu sebagai jurucakap sebab Mat Sabu ada kelebihan ‘kulit biawak’ dan ‘menegak benang basah’ yang hebat – macam Anwar jugalah.

Kita cabar PAS bubuh dalam manifesto Pakatan Rakyat yang mereka akan putuskan hubungan dengan Malaysia KALAU-KALAU berjaya memerintah Malaysia nanti.

Jangan tunjuk bagus masa jadi pembangkang saja.

Sumber:mykmunet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...