Translate

05/10/2012

Motif Apa Mkini ‘Spin’ Surat Mahathir-Soros?

mole-malaysiakini-YLChong-premesh-chandran-George-Soros
UMUM tahu dah bahawa Malaysiakini adalah organisasi media yang ditanggung sepenuhnya oleh usahawan yahudi, George Soros.  Kononnya kata Malaysiakini, sebagai media bebas, mereka perlu bebas dari kaitan dengan kerajaan, pembangkang dan apa segala maka itu depa perlu terima dana asing (yahudi pulak tu) Yelah.

Malah, persamaan sumber dana diterima Malaysiakini dan SUARAM – sebuah NGO pro PKR juga hanyalah kebetulan, tidak ada kaitan, kita kena percaya itu.
Penulis tak minat nak bincang soal Malaysiakini dan SUARAM tapi penulis lebih gemar mempersoalkan tindakan Malaysiakini memutarbelit surat Tun. Dr. Mahathir kepada George Soros pada 2006 sebagai menjawab tuduhan Mahathir baru-baru ini bahawa Malaysiakini memang bekerjasama dengan Soros (sebut yahudi) dari dulu untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.

Kalau dibaca dari tujuan dan sebab surat itu ditulis, ia sama sekali tidak ada kena mengena denga kontroversi berkaitan Malaysiakini yang diperalat yahudi untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia – langsung tidak ada kena mengena.

Surat pada 2006 itu adalah berkenaan Mahathir mengajak Soros menyertai Global Peace Forum yang merupakan sebahagian daripada kempen ‘menjenayahkan perang’.

Ini berbeza dengan pembiayaan Soros ke atas Malaysiakini kerana mahu Malaysiakini memainkan peranan menjatuhkan kerajaan Malaysia dengan menyebelahi pembangkang (walaupun katanya bebas dan berkecuali).

Malah, tidak ada kena mengena langsung.

Pembiayaan Soros ke atas Malaysiakini telah bermula, lama sebelum surat pada 2006 yang cuba diputar belitkan Malaysiakini sekarang.  Tidak ada kaitan antara Mahathir mengajak Soros menyertai kempen menjenayahkan perang dengan sumbangan Soros kepada Malaysiakini untuk menjatuhkan kerajaan (atas nama kebebebasan media).

Lagipun Soros tidak menyertai Global Peace Forum sehingga sekarang sedangkan Malaysiakini sudah kembung dengan duit usahawan yahudi tersebut.  Ini satu lagi bukti jelas kenapa kita kata surat itu tidak ada kaitan dengan kontroversi Malaysiakini terima dana yahudi sekarang.

Itu membawa kepada kesimpulan bahawa tujuan Malaysiakini membangkitkan isu surat Mahathir kepada George Soros ini ialah untuk mengalih pandangan masyarakat daripada tuduhan bahawa agensi berita tersebut menerima dana yahudi.

Dan memang inilah sebenarnya pun pendekatan Malaysiakini dan Pakatan haram selama hari ini, divert, spin dan yang seumpama dengannya.  Mana pernah berani nak berperang depan berdepan.

Sumber:mykmunet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...