KUALA LUMPUR: Semua pegawai awam yang hendak ke luar negara atas urusan persendirian mesti mendapat kelulusan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha kementerian masing-masing, berkuat kuasa 1 Oktober.
Perkara itu dinyatakan menerusi Surat Pekeliling Am bilangan 3 Tahun 2012 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 1 Okt, selaras dengan usaha menambah baik kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.
Surat itu yang ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa bagi menggantikan Surat Pekeliling Am bertarikh 1 Mac 1984 dan 11 Jun 1986.