Translate

25/10/2012

KAWAN NIK AZIZ SEDANG MENUNGGU DALAM KUBOR ??

Saya sangat tersentuh apabila membaca wawancara ringkas wartawan lidah rasmi PAS, Harakah, dengan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, apabila dia yang juga Menteri Besar Kelantan itu meminta para penganut “agama PAS” meneruskan perjuangannya selepas dia “tiada”.

“Teruskan perjuangan Islam selepas saya tiada…” katanya yang dipetik dari Harakahdaily baru-baru ini.

Pada saya, perjuangan Islam yang Nik Aziz maksudkan itu adalah bermaksud perjuangan yang dia lakukan selama ini semasa berkecimpung di dalam dunia politik PAS dan menjawat jawatan penting di dalam parti itu.

Benarkah dia perjuangkan Islam selama ini? Saya tidak rasa begitu. Nik Aziz sebenarnya memperjuangkan politik, atau lebih tepat lagi Mursyidul Am PAS itu memperjuangkan “agama PAS” yang berkonsepkan “wal halalluku, wal haramumuuu”.

Dalam konteks “wasiat”nya itu pada saya, Nik Aziz mahu para penganut “agama” pimpinannya itu meneruskan perjuangan politik yang dilakukan selama hayatnya di dunia. Jika tidak takkanlah dia kemudiaanya berkata…

“Syukur di Kelantan dan di negeri-negeri lain golongan profesional semakin ramai menyertai PAS termasuk juga di Sabah dan Sarawak. Ramai yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS. Rakyat boleh lihat sendiri apa yang berlaku di Kelantan.”

Perjuangan Islam jenis apakah yang Nik Aziz bawa semasa hayatnya sebagai Mursyidul Am PAS?

Selama ini dia menentang perpaduan umat Islam di negara ini dan menyerang serta mengutuk mana-mana pemimpin PAS yang cuba berjuang untuk menyatukan masyarakat Islam yang selama ini dipecah belahkan oleh ideologi politik yang berbeza.

Cuba lihat saja nasib bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, di mana beliau telah berkali-kali diberi amaran, diherdik, disoal jawab, dikutuk dan dihina oleh Mursyidul Am serta konco-konconya semata-mata kerana mempromosikan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO/BN.

Malah dikhabarkan sumber dalaman PAS, Menteri Besar Kelantan itu sama sekali tidak menyokong dan meminta ramai penganut-penganut ajarannya supaya tidak lagi memilih Nasharuddin sebagai Timbalan Presiden PAS sehingga menyebabkan tokoh Syi’ah seperti Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden parti itu!

Kemudian, lihat kembali fatwa-fatwa karutnya yang jelas bertentangan dengan firman Allah SWT dan ajaran Islam yang disampaikan oleh junjungan kita, Rasulullah SAW, yang melarang umat Islam untuk bekerjasama atau bersahabat dengan syaitan dalam apa jua perkara.

Namun, mungkin memikirkan bahawa dia adalah “pemegang tiket ke syurga yang bertauliah”, Nik Aziz selamba menghalalkan larangan Allah dan RasulNya itu dengan menegaskan bahawa “agama PAS” sanggup berkawan dengan “syaitan” untuk menjatuhkan UMNO/BN.

Sedangkan, UMNOlah yang bertanggungjawab menjadikan Malaysia sebagai sebuah Daulah Islamiyyah yang dicemburui dan dihormati oleh semua negara-negara Islam di dunia, bukan PAS atau Nik Aziz!

Pada saya, sekiranya Nik Aziz mahu bersara politik menjelang PRU ke-13 ini, bersaralah dengan aman dan dia wajar bertaubat nasuha serta bermunajat memohon keampunan dari Allah SWT atas dosa-dosanya memecah-belahkan ramai umat Islam di negara ini.

Kemudian, sebelum “menutup mata”, Nik Aziz juga bertanggungjawab untuk memohon maaf dari seluruh umat Islam dan bukan Islam atas ketelanjuran serta kebiadapan akhlaknya semasa berpolitik dari awal sehingga habis usianya.

Mungkin Nik Aziz mampu membayar hutang wang ringgit, namun hutang dosa terhadap umat Islam di negara ini wajar dipohon agar dia aman “di sana”.

Lagipun saya yakin bahawa “tiket ke syurga” yang dibawa masuk bersamanya ke kubur kelak tidak laku sama sekali dipandangan malaikat dan dia tetap akan menjawab soal kuburnya sebagaimana umat Islam lain.

Justeru itu, janganlah Nik Aziz harap para penganut PAS akan menyambung perjuangan politik sesatnya dan ketahuilah bahawa mereka memang menunggu persaraan Mursyidul Am itu kerana mereka sudah lama bosan dengan fatwa-fatwa karutnya yang memalukan parti!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...