Translate

Memaparkan catatan dengan label JMM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JMM. Papar semua catatan

08/11/2014

SPRM hendaklah menyiasat kenya­taan Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Suruhanjaya Pencegahan Ra­­suah Malaysia (SPRM) se­pa­tutnya bersikap proaktif dalam isu mesin judi dengan mula menyiasat semua Ketua Polis Negeri dan semua Ketua Polis Daerah.
Presiden Jaringan Me­­­layu Malaysia (JMM), Azwanddin Ham­­zah berkata, siasatan itu perlu berdasarkan ke­pa­da statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis mengenai serbuan yang di­buat di premis perjudian.
Katanya, statistik yang dikeluarkan oleh polis pada 4 November lalu dilihat gagal untuk terus memerangi mesin judi di seluruh negara.

06/10/2012

Suara Anak Haram (Suaram) terima RM100 juta dana asing?


KUALA LUMPUR 4 Okt. - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah hari ini mendakwa, sejumlah RM100 juta dana asing dipercayai telah dibawa masuk sepanjang operasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di negara ini.

Dakwanya, transaksi dana asing termasuk dalam bentuk tunai itu dikatakan dibawa secara berperingkat daripada berjumlah AS$1,000 (RM3,056.19) sehingga AS$5,000 (RM15,280.94) sejak 1998.

Beliau mendakwa, berdasarkan maklumat bekas anggota pertubuhan tidak berdaftar itu, dana tersebut dipercayai digunakan bagi membiayai kegiatan ceramah politik dan menggerakkan demonstrasi jalanan dengan motif memfitnah kerajaan serta beberapa pemimpin negara ini.

11/06/2012

Siasatan RM3 bilion disemak - SPRM

KUALA LUMPUR 9 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyemak status siasatan berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid mengenai pemilikan 20 akaun induk oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SPRM turut tidak menolak kemungkinan kes pemilikan akaun induk Anwar bernilai RM3 bilion yang pernah dirujuk kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) itu kali terakhir berada di bawah siasatan pasukan Polis Diraja Malaysia.

24/05/2012

Pas perlu tampil jawab kenyataan Karpal


Pemimpin-pemimpin tertinggi Pas dicabar untuk membuat kenyataan sama ada bersetuju atau tidak dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu individu bukan Melayu iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi perdana menteri.

Cabaran itu dilontarkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melihat insiden kononnya Karpal hampir tersasul menyebut Guan Eng sebagai Perdana Menteri pada satu majlis di pasar Air Itam, Pulau Pinang semalam sebagai bukan disengajakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...