Translate

07/10/2012

“Anwar Ibrahim, pengkhianat Atau Patriot?,”

BONGKAR !!! ANWAR IBRAHIM GILA DAN MABUK KUASA SELAGI TIDAK MENDAPAT JAWATAN PM !!!


Anak emas Mahathir rupa-rupanya sudah jadi singa jantan yang lapar.Sebagai Perdana Menteri yang lantang mengecam Amerika dan Barat, Mahathir menjadi sasaran kecaman hebat dari berbagai pemimpin negara-negara tersebut.Media Barat seperti CNN, CNBC, BBC dan lain-lain seringkali menyiarkan laporan-laporan dan berita-berita negatif terhadap Malaysia. 

Lebih-lebih lagi Mahathir menjadi jurubicara negara-negara Selatan-selatan dan penyokong kuat perjuangan rakyat Palestin. Sebaliknya Anwar, sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, mendapat liputan yang cukup baik dari media Barat. Malah, dia pernah diberi penghormatan memeriksa barisan kehormat sewaktu beliau melawat Washington oleh Setiausaha Pertahanan, William Cohen, pemimpin Amerika keturunan Yahudi. 

Tidak pernah dalam sejarah, menurut protokol, seorang Timbalan Perdana Menteri dari sebuah negara asing diberi penghormatan begitu oleh kerajaan Amerika Syarikat. Seperti kata peribahasa Melayu, ‘pukul anak sindir menantu.’ Washington seolah-olah hendak menyindir Mahathir dan menunjukkan secara terbuka hubungan akrab Anwar dengan Washington. Malah, majalah Time memilih Anwar sebagai salah seorang dari 100 tokoh dunia yang ternama untuk menggilap imejnya yang tercemar sebagai homoseks dan gagal menguruskan kewangan negara sewaktu kegawatan ekonomi tahun 1997 yang lalu.

Sikap Washington dapat dilihat dengan jelas. Amerika berpihak kepada Anwar dengan harapan dia boleh menjadi budak suruhan Pakcik Sam. Amerika memperalatkan pemimpin asing, bukan perkara baru. 

Amerika mahu pemimpin-pemimpin asing, terutama sekali negara-negara sedang membangun yang ketua kerajaannya dianggap anti-Amerika, digulingkan dan digantikan dengan mereka yang pro-Amerika. Berbagai bantuan diberikan kepada mereka yang sanggup menjadi budak suruhan Washington untuk memperkukuhkan kedudukan politik mereka di negara masing-masing. 

Amerika negara kapitalis ingin menjadi “polis dunia” sebagai kuasa dunia yang maha hebat. Untuk memperkukuhkan cengkaman Amerika ke atas negara-negara kecil dan besar di dunia, khasnya negara-negara sedang membangun yang memerlukan bantuan kewangan dan teknologi untuk kemajuan negara-negara tersebut, Amerika dengan senang hati menawarkan berbagai jenis bantuan, kononnya untuk kesejahteraan rakyat dan meninggikan ekonomi negara-negara yang mundur itu.

Baca artikel selanjutnya dan KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...