Translate

Memaparkan catatan dengan label Ustaz Nasaruddin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ustaz Nasaruddin. Papar semua catatan

28/01/2013

TAHNIAH USTAZ NASA...PEJUANG MEMPERTAHANKAN HAK-HAK ISLAM

Seperti dijangka, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akhirnya dipecat daripada keahlian Majlis Syura – badan tertinggi parti PAS atas alasan melanggar peraturan berjamaah.

Tindakan terhadap ahli parlimen Bachok itu diputuskan dalam mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Untuk rekod, dalam mesyuarat itu juga majlis tersebut membuat keputusan mengenai kalimah Allah setelah isu itu menjadi polimek hangat.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang mengesahkan pemecatan Ustaz Nasha berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura.

10/10/2012

Nasha dakwa Anwar cenderung fahaman liberal

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa hari ini mempersoalkan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat cenderung kepada fahaman liberal kerana melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar atau MJ Akbar baru-baru ini.

"Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din mempertikaikan Anwar kerana penulis dari India itu bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam kerana fahaman terlampau liberal.

"Jika dibiarkan fahaman seperti ini, ia boleh menjadi ancaman kepada akidah umat Islam,” katanya.

26/08/2012

PEMIMPIN PAS TAKUT NAK PECAT NASARUDIN MAT ISA

AIDCNews – 25/08/12 – Adakah Pas akan memecat bekas Timbalan Presiden partinya, Nasharudin Mat Isa ? Krew media Isma cuba mendapat jawapan daripada salah seorang ahli jawatankuasa Pas pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, namun beliau enggan mengulas.
“Tiada Komen,” katanya ringkas. Jawapan sama turut diberikan ketika diminta pandangan akar umbi yang mendakwa Pas kini sedang diperkotakkatikkan oleh DAP.
14 Ogos lalu, Nasharuddin Mat Isa meminta pucuk pimpinan Pas menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung penolakan secara konsisten DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh terhadap cita-cita menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atau keluar segera daripada pakatan pembangkang.

18/08/2012

Nik Aziz dan Hadi membisu demi DAP


SEPANG: “Kerana percaturan politik, mereka mendiamkan diri umpama syaitan bisu seperti yang diungkapkan oleh pimpinan tertinggi parti (Pas),” tegas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang mengulas sikap membisu parti Islam itu selepas Pengerusi DAP, Karpal Singh sekali lagi menyatakan penentangannya terhadap hukum hudud.

Beliau hairan dengan tindakan parti itu terus bersekongkol dengan DAP yang secara terang memusuhi dan memerangi Islam.


Tegasnya, sehingga kini Pas belum menyatakan pendiriannya terhadap Karpal. “Saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud malah anti-Islam dan sebagai seorang peguam, dia tahu apa itu undang-undang substantif dan prosiding.



16/08/2012

PAS sebenarnya TAKUT menerima kritikan dan tidak boleh ditegur

Semua sudah sedia maklum akan perangai Pas yang ini - Jangan Tegur Pendirian Parti ! Sesiapa yang punya pandangan/pendirian yang tak selari dengan kepimpinan parti, janganlah nak berani suarakan. Simpan jer dalam hati.

PAS TAK BOLEH DITEGUR. Pas itu MAKSUM. Sesiapa yang tegur Pas bermakna dia telah diracuni fikirannya oleh Umno. Itulah yang dipegang oleh Pas. Sebab apa ? Sebab Pas sebenarnya TAKUT menerima kritikan, mereka tidak boleh terima hakikat yang Pas itu tidak maksum.

Kritikan bermakna kekurangan. Kekurangan bermakna tidak lengkap. Dan jika diakui Pas itu punya kelemahan dan tidak lengkap bermakna akan hancurlah dakyah yang mereka pegang kononnya Pas itu Islam. Kerana Islam itu lengkap 

17/12/2011

Ustaz Nasha tak pernah Hadir Mesyuarat - Mustafa Ali

Image Detail
KUALA LUMPUR 16 Sept. - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hari ini berkata, Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

29/03/2011

PARTI KIAN JAHANAM.. USTAZ NASHA BONGKAR SKANDAL PAS!!

Ketika Parti2 politik tanah air sedang sibuk mengatur persiapan menjelang PRN Sarawak minggu hadapan, PAS pula mengambil pendekatan berbeza dengan perancangan rapi untuk berhadapan dengan Peperangan Politik Dalaman parti yang semakin panas. Lebih mengejutkan, belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai status Ustaz Nasharuddin Mat Isa untuk berundur dari jawatan Timbalan Presiden, masing2 yang kepingan sudah mula menawarkan diri, melobi sana sini bagi bertarung nyawa merampas jawatan tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...