Translate

26/08/2012

PEMIMPIN PAS TAKUT NAK PECAT NASARUDIN MAT ISA

AIDCNews – 25/08/12 – Adakah Pas akan memecat bekas Timbalan Presiden partinya, Nasharudin Mat Isa ? Krew media Isma cuba mendapat jawapan daripada salah seorang ahli jawatankuasa Pas pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, namun beliau enggan mengulas.
“Tiada Komen,” katanya ringkas. Jawapan sama turut diberikan ketika diminta pandangan akar umbi yang mendakwa Pas kini sedang diperkotakkatikkan oleh DAP.
14 Ogos lalu, Nasharuddin Mat Isa meminta pucuk pimpinan Pas menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung penolakan secara konsisten DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh terhadap cita-cita menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atau keluar segera daripada pakatan pembangkang.

Gesaan Nasharuddin ekoran timbulnya keresahan di kalangan penyokong-penyokong di peringkat akar umbi selepas DAP dan Karpal berterusan menolak asas perjuangan Pas.
“Sebagai ahli parti, saya minta Pas nyatakan pendirian sebenar mereka berhubung isu ini. Ahli-ahli di peringkat akar umbi resah apabila melihat keadaan yang berlaku antara Pas dan DAP.
“Nampaknya DAP dan Karpal secara konsisten menolak penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. Sesuatu perlu dilakukan dan bagi saya Pas perlu keluar daripada pakatan pembangkang,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Karpal baru-baru ini yang menegaskan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui parti tersebut.
Menurut Karpal, DAP konsisten berhubung perkara itu dan pendirian parti tersebut tidak pernah berubah sejak sekian lama malah akan terus mempertahankannya.
Baca selanjutnya DAN KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...