Translate

31/05/2013

IMEJ PDRM TERCALAR LAGI GARA-GARA PEG /ANGGOTA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ???

Gambar hiasan
Sudah banyak kes melibatkan suspek mati didalam tahanan polis di seluruh negara terutama di Kuala Lumpur dan Lembah Klang, sepatutnya dijadikan iktibar serta pengajaran kepada pegawai dan anggota polis yang melaksanakan tugas soal-siasat serta pengawal lokap.


Berlebih-lebih lagi Ketua Polis Balai atau Ketua Pengawal Lokap mestilah menentukan setiap suspek yang hendak dimasukkan ke dalam lokap diperiksa terlebih dahulu kesihatan serta kesan-kesan luka pada badan suspek dan sebagainya.

Jika terdapat kesangsian serta perkara yang mencurigakan terutama kecederaan serta kesihatan suspek tersebut hendaklah dirujuk ke pihak Hospital Kerajaan terlebih dahulu, bagi menentukan suspek berkenaan boleh ditahan didalam lokap dalam jangkamasa yang ditentukan berada didalam keadaan sihat.

SOP-SOP Lokap serta soal-siasat hendaklah diikuti sepenuhnya agar tidak timbul perkara-perkara yang berlaku sekarang ini.

Rasanya sudah berbuih dan berbagai2 arahan telah diberikan oleh pihak atasan PDRM, namun masih ada lagi yang tidak prihatin diatas arahan tersebut.

Rakyat telah muak dengan kejadian seumpama ini berlaku melibatkan unit soal-siasat dan bahagian lokap. Unit soal-siasat mestilah melaksanakan tugas secara profesional dan jangan terlalu ikutkan perasaan. KLIK


29/05/2013

"ANWAR SPRING" TIDAK BERTAMADUN, BIADAP DAN SIALAN


"ANWAR SPRING" ADALAH PENGKHIANAT NEGARA....

Kuala Lumpur: Siri perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang untuk memburukkan kerajaan termasuk membantah keputusan PRU-13 hanya untuk menonjolkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia lebih sesuai digelar ‘Anwar Spring’ dan pembangkang tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dengan mendakwa ia mewakili suara majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. 

Katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP mengakui dan terima kekalahan pada PRU-13 lalu, namun hanya Anwar yang tidak mahu menerima kenyataan sehingga menghasut rakyat mengadakan demonstrasi jalanan.


Sanggup hasut rakyat

“Cukuplah (berdemonstrasi), Barisan Nasional (BN) juga sedih kerana tidak mampu memperoleh kemenangan dua pertiga (Parlimen), namun ada yang lebih sedih kerana gagal membentuk kerajaan baru iaitu Anwar Ibrahim. Sebab itulah pelbagai cara yang dilakukan sehingga sanggup menghasut rakyat mengadakan perhimpunan.

“Malah, tujuan utama mereka mengadakan demonstrasi kerana sengaja mahu melakukan provokasi terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pada masa sama mendapatkan perhatian dari media asing, seolah-olah menunjukkan Malaysia sebuah negara huru-hara,” katanya

26/05/2013

USTAZAH MEE SEGERA KECEWA DENGAN USTAZ AZHAR ???

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Ustaz Azhar Idrus yang telah mendirikan mahligai dengan pasangannya yang ke-3 pada hari ini Ahad, 26 Mei 2013 bertempat di Perumahan Taman Keramat Permai, AU1, Keramat, Kuala Lumpur.KLIK

ANWAR SALAHKAN BN KERANA TAK JADI PERDANA MENTERI

Anwar salahkan BN sebagai punca perjanjian damai dengan Najib berkecai

PETALING JAYA, 25 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuduh Barisan Nasional (BN) melanggar beberapa syarat semasa perjanjian damai pada April lalu dimana naib presiden Indonesia Jusuf Kalla menjadi orang tengah antara beliau dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tersebut berhujah dalam menghormati perjanjian itu yang mensyaratkan kedua-dua pihak menerima sebarang keputusan pada Pilihan Raya 2013, terdapat beberapa syarat awal yang mesti dipenuhi terlebih dahulu.
“Terdapat beberapa parameter yang dipersetujui. Pertama, etika dalam mengendalikan kempen dan cara hal ehwal media dikendalikan oleh kerajaan supaya tidak dipergunakan untuk menyerang pembangkang... ini tidak berlaku.” KLIK

24/05/2013

APA DAH JADI DENGAN SINDIKET JUAL IJAZAH PALSU - UMNO, BN TERLIBAT ????


Seramai 525 orang termasuk seorang Tan Sri dan ahli politik telah membeli ijazah palsu daripada IPTS terbabit yang turut beroperasi secara dalam talian sejak 2003.



Pilihanraya dan pun selesai, apa lagi yang hendak ditutup ataupun masih lagi dalam siasatan??? 

Senarai mereka-mereka yang terlibat perlulah diumumkan. 

Inilah orang yang sangat-sangat merbahaya jika dibiarkan penglibatan mereka dalam Kerajaan, Swasta terutama membabitkan Kementerian Kesihatan, Pendidikan, Keselamatan dan sebagainya.

BERLAGAK PANDAI TAPI BODOH !!! MENIPU DIRI SENDIRI, JIKA TAK MENYUSAH ORANG RAMAI, TAK APALAH.

Diharap pihak berkuasa selesai menjalankan siasatan perlu menyenaraikan nama-nama Tan Sri, Datuk dan ahli politik yang terlibat supaya rakyat tahu. KLIK

Nasib ahli UMNO sabotaj BN diketahui minggu depan termasuk 6 budak hitam ???


MEREKA ADALAH PENGKHIANAT SAMA SEPERTI DALANG PENCEROBOHAN LAHAD DATU ??? KALAU PERLU DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI PUN DAH PATUT !!!!

Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata apa jua keputusan atau bentuk hukuman berhubung perbuatan mensabotaj parti oleh anggota UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dijangka diketahui minggu depan.

Katanya siasatan mengenai aduan itu masih dijalankan.

"Lembaga Disiplin menerima 11 aduan sabotaj dan kita telah arahkan pihak penyiasat membuat siasatan rapi supaya kita dapat membuat keputusan dengan adil dan tidak menganiaya mana-mana pihak," katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas perbuatan sabotaj oleh anggota UMNO pada PRU-13.

23/05/2013

PAS Dan UMNO Bersaudara Dalam Agama

UMNO dan PAS tidak perlu berhenti bersaing jika persaingan mereka itu bertujuan menawarkan khidmat yang lebih baik kepada rakyat. Persaingan untuk memberikan khidmat adalah persaingan yang sihat dan memberikan kebaikan untuk negara. Tidakkah kita lihat bahawa kewujudan persaingan di pasaran membolehkan orangramai mendapat barangan yang lebih berkualiti. Sementara monopoli tanpa saingan akan merosakkan kualiti khidmat dan merugikan orang awam.

Persaingan PAS dan UMNO jika atas dasar ingin menawarkan khidmat yang lebih baik, bukan kerana dendam dan permusuhan yang lahir dari politik kepuakan, akan memakmurkan masyarakat muslim secara khusus dan negara secara amnya. Jika persaingan itu atas slogan yang Allah firman (maksudnya) “Bersegeralah kepada kebaikan”(Surah al-Maidah, 48) maka ia menjadi pahala kebajikan untuk semua pihak yang terlibat.

Seperti yang selalu ditegaskan, pada asalnya, Islam tidak suka perasaan tamakkan jawatan tanpa sebab yang berasas yang Allah redha. Keinginan mendapatkan kedudukan politik untuk kepentingan diri atau sebagai kebanggaan adalah dilarang dalam agama ini. Ini jelas daripada hadis-hadis, antaranya sabda Nabi s.a.w:

“Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ianya akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).

Baginda juga pernah menasihati `Abd ar-Rahman bin Samurah:

“Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

22/05/2013

KONTRAKTOR CAP AYAM, CAP AYAM, CAP AYAM !!!!

Kontraktor dilantik untuk menyiapkan projek kerajaan negeri perlu bersikap telus dan patuh setiap syarat ditetapkan bertujuan mengelak sebarang kemungkinan berlaku. KLIK

Namun begitu sebaliknya pula berlaku, sikap sambil lewa dengan mementingkan keuntungan daripada kualiti adalah puncanya perkara yang tidak diingini berlaku. KLIK

Selain dariada itu, pihak-pihak tertentu seperti JKR perlulah memantau setiap projek yang dilaksanakan sebelum serah sepenuhnya kepada kerajaan. KLIK

NAMA SAJA KONTRAKTOR yang berkelayakkan tapi diumpamakan seperti "KONTRAKTOR CAP AYAM"

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menyiasat segera semua masjid yang menggunakan reka bentuk sama dengan Masjid Binjai Kertas di Hulu Terengganu yang runtuh malam Isnin lepas.

Ahmad berkata kajian perlu dilakukan bagi memastikan sama ada runtuhan berpunca daripada kesilapan reka bentuk atau pembekal yang menyediakan bahan yang kurang bermutu.


21/05/2013

PENDEDAHAN KEDUA - DAP DAN PAKATAN SANGGUP MEMBUNUH ?????


SEBARKAN !!!

20/05/2013

DAP DAN PAKATAN SANGGUP MEMBUNUH ?????


Tahniah Shen Yee Aun mengenai pendedahan tentang Isu Politik DAP & 

Cybertrooper Red Bean Army

AMARAN AWAL DARI ZAHID HAMIDI

Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin pembangkang supaya tidak mempolitikkan segala pelaksanaan dan tindakan pihak berkuasa dalam usaha memelihara keamanan dan kesejahteraan negara. 

Pihak berkenaan boleh menghadapi risiko besar sekiranya terus berbuat demikian, katanya pada sidang media selepas memulakan tugas hari pertama sebagai menteri dalam negeri. 

"(Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng harus membezakan antara objektif politik, langkah politik dengan pelaksanaan undang-undang. Jangan mempolitikkan segala pelaksanaan undang-undang yang dilaksanakan oleh IGP (ketua polis negara) atau lain-lain agensi yang berada di bawah KDN," katanya. 

Ahmad Zahid berkata ketua polis negara, ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KDN, diberi kuasa sepenuhnya bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut bidang kuasa masing-masing, tanpa campur tangan politik. 

Sebarang tindakan yang dilakukan di bawah KDN tidak boleh dianggap sebagai tindakan bermotifkan politik, tetapi berlandaskan kepada asas-asas perundangan yang sedia ada, katanya. KLIK

19/05/2013

KONTRAKTOR ALIBABA..... SEADANYA !!!

Kesian....kesian... kontraktor Melayu ne, hanya bergantung kepada seseorang.  Jika seseorang tu tidak dapat memenuhinya maka BUNGKUS LA IA... terutama KONTRAKTOR yang bertaraf ALIBABA... dan LUPA DARATAN...

Hampir pilihanraya, maka ramailah KONTRAKTOR ALIBABA mendekati mana-mana calon yang dijangkakan terpilih untuk mendapatkan sebarang kontrak yang diperlukan. BODEK PUNYA BODEK LA.....

Kehulu ke hilir, setiap saat sentiasa menghubungi orang-orang yang berkenaan untuk mendapatkan sesuatu projek. Sanggup untuk membuat apa saja. 

Apabila projek telah diberi......lain pulak ceritanya. Sub pula kepada orang lain makan komision pulak atau sebaliknya sepertimana di KLIK 

Tapi lain pula ceritanya jika tidak mendapat sesuatu daripada orang yang diharapkan, berlebih-lebih calon PRU, maka lain pula ceritanya. Itu baru sekali tidak diberi projek.....

Itu sebablah di Terengganu ne ramai Kontraktor Kelas F yang telah disenaraihitamkan oleh SPNB, oleh kerana mereka-mereka ini tiada sebarang persaingan dengan Kontraktor bangsa CINA dan INDIA.

Ada lain cerita.... apabila dah diberi taraf "KONTRAKTOR KELAS F" baru kelas F, telah mula berlagak. Kalau tak pakai kereta mewah tak sah..... maklum sajalah...

Diceritakan ini adalah untuk mengenangkan sikap KONTRAKTOR KELAS F MELAYU yang masih lagi tidak dapat mengikuti jejak langkah kontraktor bangsa Cina yang sentiasa saja untuk maju ke hadapan.

Tak tau lah adakah sikap-sikap sedemikan akan berterusan atau sebaliknya. Tanya lah diri sendiri, boleh atau tidak kita melakukannya.????

Dengan kelonggaran yang diberikan oleh SPNB diharap KONTRAKTOR KELAS F dapat memberpaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada diri sendiri.

TEKTIK PEMBANGKANG MEMANG KETERLALUAN DAN KURANG AJAR !!!

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek menyifatkan dakwaan harga barang naik sebagai tindakan berbaur politik keji pembangkang.
Jelas beliau, usaha jahat itu semata-mata mahu menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.
"Perkara pertama selepas saya dilantik sebagai menteri, saya telah minta Ketua Setiausaha Kementerian untuk siasat perkara ini dan kita dapati tidak benar sama sekali.
"Malah subsidi barang terkawal juga kekal seperti biasa," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Ekspo Belia Barangan Buatan Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Sehubungan itu, Hasan meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan dakwaan tersebut kerana ia tidak benar.
"Saya sendiri akan turun padang sekiranya dakwaan harga barang meningkat terbukti benar," tegas beliau. - KOSMO!

18/05/2013

ANWAR DITANGKAP, DIPASONG KERANA UDAH SEWEL !!!!


Sejak kebelakangan ini Anwar Al-Juburi semakin tertekan kerana masih lagi tidak dapat untuk menjadi PERDANA MENTERI, walaupun jawatan sementaranya telahpun di putuskan oleh Pakatan Rakyat adalah PENGETUA MAKSIAT (PM jugak).

Anwar juga telah menunjukkan sikap yang luar biasa tidak seperti manusia yang dicipta oleh Allah S.W.T.

Sikap kelainan serta ketidakwarasannya sentiasa atau sedang diperhatikan oleh Kementerian Kesihatan terutama petugas daripada UNIT KHAS TANJUNG RAMBUTAN DAN TAMPOI. KLIK dan KLIK SINI JUGA

17/05/2013

HEY.... HADI AND GROUP PAS TIDOR KE ?????????

AKU JANJI DAN MANIFESTO ?? KLIK

Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Terengganu telahpun mula bergerak bagi melaksanakan AKU JANJI atau MANIFESTO PRU 13 dengan menyiapkan barisan terkini bersandarkan agenda `Merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran’.

Presiden PAS Haji Hadi Awang dan ahli Exconya bila lagi nak memulakan tugas ??? atau masih dibuai MIMPI kemenangan dalam PRU ke 13???

Bila Nak laksanakan MANIFESTO PAS yang gah diwar-warkan, sampai nak gila dibuatnya dan hampir-hampir nak bertumpah darah....

Kita akan terus memantau perkembangan semasa yang dijalankan oleh HADI and Group bagi memastikan apa yang telah dijanjikan terlaksana, sekurang-kurangnya 90 % sebelum tibanya PRU ke 14.

Jika tak boleh buat juga, HADI PERLU DENGAR LAGU INI.... tak mau berjoget pun tak ape...la. Tapi jangan lupa goyangkan lutut pun ok jugak..


KARPAL SINGH MAIN WAYANG LAGI ???


Kuala Lumpur Pengerusi DAP, Karpal Singh membantah rancangan kumpulan propembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan. Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai. 

Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya ke-13 (PRU-13). Saya tidak mahu turut terlibat dengan permainan pr,walau pun sata sendiri dari ppembangkang.negara ada undang2,yg kita berani tentang kita tentang tapi kalau nak menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan yg melibat kan manusia yg jd mangsa,saya berundur diri.

Saya tidak mahu masuk campur..sekarang rakyat semua sudah boleh lihat,siapa yg turut sama dengan anwar buat himpun hitam 505..mana pemimpin2 pas?..dorang pun tak nak terlibat sama dengan anwar. Beliau mengulas kenyataan pengasas Asal Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim, yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini tidak telus. saya minta kerajaan bertindak dengan segera terhadap pemimpin pembangkang yg keras kepala ini. KLIK

16/05/2013

AL-JUBURI BERSIAP SEDIA UNTUK MELARIKAN DIRI KELUAR NEGARA !!!


Berikutan perlantikan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri membuatkan Al-Juburi bersiap sedia untuk melarikan diri keluar negara dalam tempoh masa terdekat. KLIK

Manusia jahanam ini, sepatutnya sudah lama di halau keluar daripada negara ini, terpulanglah negara mana yang ia akan pilih. Israel ke, Nigeria ke, Papua New Guinea ke.... ikut suka dia la....

Ujian DNAA ke atas Hafifa apa dah jadi ??? Hafifa kat mane sekarang ?? Azmin Ali tunggu masa saja untuk memecahkan bontot Al-Juburi.... Sekarang ini perjanjian diantara Al-Juburi untuk menempatkan Azmin Ali ke Jawatan Menteri Besar Selangor tidak kesampaian..... padan muka... berjanji sangat. KLIK




15/05/2013

SI BANGSAT ANWAR AKAN DI TAHAN DIBAWAH SOSMA ???

Polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertindak tegas terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganjurkan siri perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.
Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Zulkifli Noordin berkata ini kerana tindakan Anwar itu adalah penghinaan kepada rakyat Malaysia yang memilih Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa.
"SPR perlu menyaman Anwar dan polis perlu mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada terhadap Anwar kerana terus mempertikai keputusan PRU13.

14/05/2013

JENAYAH KEKERASAN MENGGUNAKAN SENJATAPI BERLELUASA ????


PASUKAN KHAS DITUBUH DI SETIAP KONTIJEN SIASAT JENAYAH SENJATA API

Kuala Lumpur, 14 Mei - Polis melancarkan gerakan besar-besaran memburu kumpulan penjenayah yang membunuh sasaran dengan senjata api menerusi penubuhan pasukan khas di setiap kontinjen negeri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin memberitahu Bernama langkah segera itu yang dibuat susulan banyak kes bunuh menggunakan senjata api mutakhir ini, menunjukkan keseriusan polis menangani kejadian tersebut. 

13/05/2013

PEMIMPIN PAS PERLU SEDAR DAN CERMIN DIRI SENDIRI

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada Isnin membidas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri, Ariffin Deraman yang mahu wakil rakyat PAS di negeri ini diberi peruntukan sama seperti wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
Ini kerana katanya, PAS yang pernah memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 juga tidak menyalurkan peruntukan itu kepada wakil rakyat BN.

12/05/2013

Cukup la Hadi makan duit haram selama 31 tahun, berkhidmatlah untuk rakyat

TAHNIAH DS AHMAD SAID

Ketetapan yang diambil oleh Menteri Besar Terengganu adalah tepat pada masanya, dengan tidak meujudkan Pegawai Pembangunan DUN.  Wakil Rakyat PAS yang dipilih oleh rakyat terutama Haji Hadi perlulah memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat jangan umpama macam ULAR KEKENYANGAN. 

Cukuplah makan ELAUN HARAM beribu-ribu ringgit setiap bulan daripada Kerajaan Barisan Nasional selama 31 tahun, namun tidak ada satu pun perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat Marang.  

11/05/2013

Boikot Utusan Malaysia, saman Utusan Malaysia hanya kerana satu sebab !!

PANAS: TAKTIK JAHAT CINA TERBONGKAR!!!


Bukan nak mengapi-apikan, tetapi inilah hakikat yang sebenarnya yang perlu diketahui oleh semua rakyat Malaysia berbilang kaum, apa ertinya KEHARMONIAN, KESEPAKATAN, KESEJAHTERAAN, KEAMANAN yang telah kita kecapi selama 56 tahun di NEGARA BERTUAH ini. KLIK DAN BACA

Tarian Gangnam Style tenangkan tunjuk perasaan

SURABAYA - Sekumpulan anggota polis wanita di Indonesia mengambil pendekatan luar biasa untuk mengawal orang ramai yang berhimpun sempena Hari Buruh di Jakarta baru-baru ini.

Kumpulan anggota polis wanita itu telah menyelinap masuk ke dalam kumpulan penunjuk perasaan tersebut lalu mempersembahkan tarian Gangnam Style untuk menghiburkan para penunjuk perasaan.

Beribu-ribu penunjuk perasaan di bandar Surabaya dekat Jawa timur di sini bersorak kegembiraan apabila kira-kira 80 pegawai wanita tersebut melakukan tarian kuda yang dipopularkan penyanyi rap Korea Selatan, Psy menerusi muzik videonya, Gangnam Style.

Anwar tidak reda ketentuan qada dan qadar


KOTA BHARU 10 Mei - Tindakan biadab Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengheret rakyat berdemonstrasi bagi memprotes keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membuktikan beliau tidak mempercayai dengan ketentuan qada dan qadar.

Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia, Rujhan Abd. Rahman berkata, sekiranya Anwar berada di landasan orang yang beriman, beliau mesti reda dengan ketentuan qada dan qadar bahawa Barisan Nasional (BN) masih diberi kepercayaan memimpin negara.

Beliau berkata, Ketua Pembangkang itu sepatunya reda dengan keputusan tersebut sebagaimana pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am parti itu, Datuk Dr. Haron Din yang menerima dan menganggap keputusan itu pastinya mempunyai hikmah. - UTUSAN ONLINE

10/05/2013

HOT!!!! NIK AZIZ PENCEN, HUSAM MUSA JADI MANGSA !!!!!

SEBAHAGIAN penyokong Husam yang menyertai demonstrasi di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan, Kota Darulnaim, Kota Bharu

Penyokong Husam Musa bantah


KOTA BHARU - Kegembiraan kerajaan Pas Kelantan meraikan kejayaan mengekalkan pemerintahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tercalar apabila ia kini terpaksa berdepan dengan krisis dalaman yang serius.
Semalam, hampir 200 penyokong Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengadakan demonstrasi di hadapan kompleks pentadbiran kerajaan Pas Kelantan, Kota Darulnaim, di sini bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan pucuk pimpinan negeri.
Kumpulan tersebut mula berkumpul kira-kira pukul 9.30 pagi untuk menyatakan rasa kecewa selepas Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan tidak dilantik memegang jawatan sama ada sebagai Timbalan Menteri Besar atau Exco Kerajaan Negeri.

KUMPULAN PEMANTAU PROSES PRU KE 13 KRONI UMNO ????

Keputusan PRU-13 berwibawa

PUTRAJAYA 8 Mei - Proses pengundian yang berlangsung dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 Ahad lalu, mempunyai kewibawaan dan boleh dipercayai.

Perkara itu diakui tiga kumpulan pemantau proses tersebut iaitu Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS) dan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) serta Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas).

Pengerusi CPPS, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, secara keseluruhan keputusan pilihan raya yang diumumkan juga adalah sah.

Katanya, meskipun terdapat beberapa kecacatan kecil dilaporkan namun proses pengundian berjalan lancar dan dalam masa sama sukar mendapat proses yang 100 peratus sempurna.

09/05/2013

"6 BUDAK HITAM" MAIN LOMPAT-LOMPAT, DUA JATUH SUNGAI TINGGAL LAGI... ???


Heboh diperkatakan oleh masyarakat yang kurang senang selepas pengumuman PRU ke 13 di DUN dan Parlimen Marang.  Yang peliknya timbul perkataan "6 BUDAK HITAM" - apa yang dimaksudkan masih lagi dalam siasatan oleh pihak tertentu bagi memastikan kebenarannya maklumat "6 BUDAK HITAM".

Keputusan yang sungguh memeranjatkan BUKANNYA DISEBABKAN KEKALAHAN, tetapi ketidak hadiran pengundi terdiri daripada PENGUNDI PEMUDA dibeberapa kawasan peti undi yang majoritinya cukup tinggi menjadi tanda-tanya ??????

Suara-suara sumbang juga kedengaran sebelum selesainya mengundi juga turut disuarakan yang mana mereka mengetahui bahawa keputusan PRU ke 13 adalah berpihak kepada Parti Pembangkang dengan jumlah undian yang banyak????  HEBAT...HEBAT....HEBAT. KLIK DISINI 

Jika perkara ini benar berlaku, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlulah mengambil tindakan yang tegas kerana perkara ini adalah AMAT SERIOUS dan tidak sepatutnya berlaku, demi untuk masa depan anak bangsa serta negara.

Mereka-mereka ini juga boleh dilabelkan sebagai PENGKHIANAT ANAK BANGSA yang tidak memikirkan masa depan anak cucu termasuk keluarga mereka sendiri. KLIK BACA HINGGA SELESAI


NIK AZIZ BERDENDAM DENGAN TUN RAZAK !!!

Inikah dia sifat ketokohan seorang Ulama yang patut diikuti ??? menyimpan sifat dendam yang tidak berakhir !!! Saksi kan video dibawah:

POLIS PERLU BERTINDAK ADIL ??"

HA...HA...HA.. PENGUNDI CINA KENA TIPU !!!!

Pengundi Cina kena tipu

AYA. GUA KENA TIPU LAGI.....

Diperdaya pembangkang kononnya undi mereka boleh tumbangkan BN: PM

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata pengundi Cina telah diperdaya oleh pembangkang kononnya undi mereka boleh menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan menukar kerajaan. 

Namun, Perdana Menteri berkata, ia sebenarnya tidak benar kerana walaupun sebahagian besar masyarakat Cina menyokong pembangkang, BN mendapat mandat menerusi pengundi Melayu dan Bumiputera lain serta India. 

Najib menjelaskan beliau tidak menyalahkan pengundi Cina, sebaliknya mengecam tindakan pembangkang melakukan penipuan besar dan mereka cerita tidak logik dan tiada bukti seperti kononnya ada 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh, semata-mata mahu merebut kuasa. KLIK


ANWAR IBRAHIM !!!! BALING BATU SOROK TANGAN ???


Menutup isu panas yang masih belum selesai "PENCEROBOHAN LAHAD DATU", Pengkhianat Negara cuba mengalih pandangan rakyat kepada ketidak adilan SPR semasa PRU ke 13 dengan menipu rakyat supaya bersama-sama terlibat didalam kancah POLITIK JAHATKLIK dan KLIK

Kerajaan perlu menyegerakan penubuhan SURUHANJAYA KHAS bagi menyiasat secara terperinci insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu termasuk dalang yang terbabit dengan kejadian itu. KLIK KLIK

Sampai bila perkara ini hendak dilewat-lewatkan ?????? sehingga tibanya PRU ke 14 ???? atau sehingga negara menjadi kucar-kacir sepertimana yang dirancang oleh kumpulan PENGKHIANAT ini ??

Pengkhianat Negara juga cuba memperbodoh-bodohkan kerajaan serta melanggar undang-undang negara serta Perlembagaan Persekutuan dengan mengadakan perhimpunan HARAM  dan berbagai-bagai tomahan, fitnah dan celaan telah dilemparkan demi mencapai hasrat KOTOR DAN JIJIKNYA untuk menjadi PERDANA MENTERI. KLIK 

KES LIWATnya akan sampai di penghujung pada bulan JULAI 2013 INI LAH YANG MENGUATKAN LAGI UNTUK NYA MELAKUKAN SESUATU IGAUAN NGERI KEPADA RAKYAT MALAYSIA, agar kes nya di tutup atau dilenyapkan begitu saja, apabila cita-citanya tercapai. KLIK



08/05/2013

APA CERITA NI ????????????

Lihat apa yang berlaku KLIK DSINI 

Bukan nak mengapi-apikan, tapi ini adalah kenyataan. Pihak berkuasa sudah tentu ada pendekatan yang terbaik untuk menentukan supaya perkara sedemikian tidak terus berlaku atau pucuk pimpinan kaum berkaitan perlu mengambil langkah-langkah yang lebih drastik untuk menghindarkan perkara sedemikian tidak dilakukan. KLIK

Kalau mereka semua tidak balik keMalaysia, tak apa lah !!!!



Orang muda adalah aset kepada negara

PEPATAH Melayu menyebut, pemuda tiang agama pemudi harapan bangsa manakala pepatah Arab menyebut, jika hendak melihat bangsa akan datang maka lihatlah remaja hari ini.

Demikianlah besarnya peranan remaja atau golongan muda-mudi dalam sesebuah negara. Mereka bukan sahaja dikurniakan fizikal yang kuat tetapi sering teruja mencuba sesuatu yang baru. Bagaimanapun, ada tanggapan bahawa golongan muda ini tidak berminat mengambil bahagian dalam proses demokrasi memilih pemimpin melalui pilihan raya.

Pada umumnya, orang muda ini darahnya panas. Dari satu aspek mereka suka kepada memberontak atau tidak sabar apabila berhadapan dengan sesuatu situasi.

07/05/2013

ORANG MELAYU MUDAH LUPA, ORANG CINA NAIK KEPALA ????

Jelas kepada kita semua, semakin hari semakin hampir kepada penjelmaan igauan yang sangat sangat mengerikan kepada semua rakyat Malaysia terutama Orang Melayu.

Para ilmuan telah beberapa kali membincangkan sajak Melayu Mudah Lupa yang mahu menjadikan perbincangan tersebut sebagai santapan rohani kepada orang-orang Melayu dan akan dapat menjadi pegangan hidup kepada setiap umat Melayu untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.


Namun semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sendiri telah  mendeklamasikan sajak MELAYU MUDAH LUPA yang berkumandang hampir setiap hari menerusi RTM, saya berpendapat bahawa peringatan yang cuba disampaikan Tun pada ketika itu mungkin lebih dalam maksudnya.


Wow hebatnya - Polis rampas 52 tan ganja mampat

Gambar hiasan
MADRID 6 Mei - Polis Sepanyol merampas sebanyak 52 tan ganja mampat, satu rekod bagi negara Eropah serta menahan tiga suspek bagi membantu siasatan sindiket penyeludupan dadah, kata polis, hari ini.

Polis dalam satu kenyataan berkata, dadah itu ditemui di sebuah gudang industri di selatan bandar Cordoba dan disimpan di dalam 1,700 bungkusan dengan setiap satu seberat 30 kilogram.

06/05/2013

HADI BERJANJI AKAN MELAKSANAKAN MANIFESTO PAS DI MARANG

Tahniah dan Syabas DS Abdul Hadi Awang telah berjaya mengekalkan kedudukannya di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang.

Namun begitu mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai memaklumkan bahawa DS Abdul Hadi Awang akan melaksanakan serta menunaikan tanggungjawab serta segala apa yang terkandung didalam MANIFESTO PRU 13 di Daerah Marang, terutama di DUN Rhu Rendang, walaupun beliau tidak berjaya untuk menubuhkan kerajaan di Negeri Terengganu.

MATLAMAT UTAMA NIK AZIZ TERCAPAI DAN MELEPASKAN JAWATAN MB??

KOTA BHARU - Sama ada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan kekal atau memberi laluan kepada muka baru memegang jawatan Menteri Besar bakal terjawab apabila  majlis  mengangkat sumpah diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian jam 4.30 petang ini.
 
Difahamkan sebelum ini, Nik Aziz, 82, telah menyuarakan hasrat untuk menyerahkan kerusi nombor satu negeri itu kepada pemimpin baru, namun desakan dalaman parti yang masih mahu beliau mengekalkan kerusi yang disandangnya sejak 23 tahun itu.
 

05/05/2013

Militan Kiram ancam serangan kedua selepas PRU-13 arahan Anwar ???

JAKARTA 3 Mei - Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendakwa, pengganas Kiram merancang untuk kembali ke Sabah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau turut mendakwa, pada masa ini pengganas militan itu sedang melatih 1,000 orang untuk melakukan serangan kali kedua.

"Mereka sudah mengumumkan di dalam akhbar Filipina bahawa mereka sudah menyiapkan kem latihan dan sudah melatih 1,000.

"Selepas PRU-13, 5 Mei ini mereka akan menyerang buat kali kedua. Apakah kita mahu kehilangan 10, 20 atau 100 anggota keselamatan lagi?" soalnya.

Lahad Datu: Pengkhianat Negara Anwar, Tian Chua, Sivarasa perlu dikenakan tindakan tegas


KUALA LUMPUR 4 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua lagi konconya yang dikatakan menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah perlu dikenakan tindakan tegas.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd. Ali Baharom berkata, pihak berkuasa tidak wajar menangguhkan siasatan terhadap pemimpin pembangkang itu sekiranya terdapat bukti mengaitkan pembabitan mereka dengan insiden tersebut.

Dalang Lahad Datu didedah

JAKARTA 3 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bekas teman karibnya, Raja Petra Kamaruddin sebagai dalang insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah.

Selain Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Raja Petra turut mendedahkan, dua pemimpin PKR lain yang terlibat dalam rancangan menggugat keselamatan negara ialah Tian Chua dan R. Sivarasa.

Pengendali laman web Malaysia Today itu berkata, Anwar, Tian Chua dan Sivarasa pernah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang bertujuan merancang pencerobohan pengganas Kiram.

04/05/2013

PRU-13: Pas bukan parti Islam - Dr. Mahathir

KUALA KETIL 4 Mei - Negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa Pas bukan sebuah parti Islam, sebaliknya ia hanyalah sebuah parti yang menjadi punca perpecahan orang Melayu dan Islam.

Bekas Perdana Menteri berkata, parti itulah menyebabkan orang Melayu dan Islam berpecah apabila mereka mengkafirkan ahli-ahli UMNO.

"Pas bukan menambah penganut Islam, tetapi mengurangkannya dengan mengkafirkan orang UMNO. Ahli Pas bukan ramai hanya sekitar 300,000 sahaja," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra di sini hari ini.

Analisis #PRU13: Menjelang Hari Mengundi, Gelombang Perubahan Mula Dirasai


Senario semasa dan laporan mutakhir perkembangan minggu ke-2 kempen PRU-13 jelas menunjukkan BN akan terus kekal menerajui Kerajaan Pusat dengan jangkaan kemenangan yang jauh lebih baik berbanding PRU 12 2008 dan tidak bermasalah untuk merangkul kembali 2/3 kerusi Parlimen.

Sementara itu di peringkat negeri, BN diyakini akan mengekalkan semua negeri yang dimenanginya dulu di masa yang sama memiliki peluang cerah untuk menguasai kembali negeri-negeri yang jatuh ke tangan PR terutama sekali Kelantan dan Kedah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...