Ahad, 5 Mei 2013

Lahad Datu: Pengkhianat Negara Anwar, Tian Chua, Sivarasa perlu dikenakan tindakan tegas


KUALA LUMPUR 4 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua lagi konconya yang dikatakan menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah perlu dikenakan tindakan tegas.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd. Ali Baharom berkata, pihak berkuasa tidak wajar menangguhkan siasatan terhadap pemimpin pembangkang itu sekiranya terdapat bukti mengaitkan pembabitan mereka dengan insiden tersebut.

"Saya pasti rakyat sendiri tidak akan memaafkan mereka kerana insiden itu bukan sahaja menggugat keselamatan negara tetapi turut mengorbankan 10 perwira negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pengendali blog, Raja Petra Kamaruddin bahawa Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu dan dua lagi pemimpin PKR, Tian Chua dan R. Sivarasa terlibat dalam rancangan mengugat keselamatan negara.

Pengendali laman web Malaysia Today itu berkata, Anwar, Tian Chua dan Sivarasa pernah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang bertujuan merancang pencerobohan kumpulan pengganas Kiram.

Mohd. Ali menegaskan, kelewatan pihak berkuasa bertindak hanya akan menggambarkan seolah-olah Raja Petra memfitnah tiga pemimpin PKR itu terutama menjelang hari pengundian.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri berkata, tindakan jahat pembangkang membawa penceroboh ke negara ini perlu dibalas dengan hukuman setimpal.

"Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan isu keselamatan negara. Sudah semestinya rakyat tidak mahu melihat mereka terus dibiarkan mengancam keselamatan negara," katanya. - UTUSAN ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...