Jelas kepada kita semua, semakin hari semakin hampir kepada penjelmaan igauan yang sangat sangat mengerikan kepada semua rakyat Malaysia terutama Orang Melayu.
Para ilmuan telah beberapa kali membincangkan sajak Melayu Mudah Lupa yang mahu menjadikan perbincangan tersebut sebagai santapan rohani kepada orang-orang Melayu dan akan dapat menjadi pegangan hidup kepada setiap umat Melayu untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.
Namun semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sendiri telah mendeklamasikan sajak MELAYU MUDAH LUPA yang berkumandang hampir setiap hari menerusi RTM, saya berpendapat bahawa peringatan yang cuba disampaikan Tun pada ketika itu mungkin lebih dalam maksudnya.
Apabila dikatakan "Melayu mudah lupa", ia lebih menekankan kepada sifat semula jadi atau perangai orang-orang yang mudah lupa terhadap sesuatu insiden selepas beberapa ketika walaupun telah berikrar "takkan lupa lagi".
Sebab dikatakan begitu kerana sejarah telah membuktikan dan ramai orang Melayu yang secara sengaja atau tidak telah gagal menghayati sejarah. Kita mengetahui tentang sejarah menerusi pembacaan atau pengalaman sendiri.
Lihatlah sejarah keagungan kerajaan Melayu Melaka yang akhirnya jatuh di tangan Portugis, kemudian Belanda, diikuti pula oleh British, Jepun dan kembali semula ke tangan British. Dalam masa yang sama penjajahan Siam berlaku ke atas beberapa buah negeri Tanah Melayu di sebelah utara.
Jika kita amati cara kejatuhan Melayu itu hampir serupa sahaja. Yang menjadi faktor utama ialah kuasa dan pengaruh asing yang dibantu oleh dalang-dalang Melayu sendiri.KLIK DAN HAYATILAH
Satu anjakan paradigma perlu dilaksanakan di kalangan orang Melayu kerana tidak mustahil sejarah lama akan berulang. Jika kita lihat riak-riak pergolakan pada hari ini, sudah ada orang-orang Melayu yang sanggup menjaja hal ehwal negara sendiri ke pangkuan kuasa-kuasa asing.KLIK
Walau apa pun, tujuan saya menulis ini adalah untuk mengajak para bijak pandai, ilmuwan serta karyawan Melayu membincangkan secara terbuka tajuk "Melayu mudah lupa'' ini agar dapat dikongsi bersama oleh seluruh umat Melayu supaya Melayu tidak akan hilang di dunia adalah dari jenis Melayu yang merdeka, gagah dan cemerlang, bukan sahaja di tanah airnya sendiri bahkan di dunia.