Translate

08/05/2013

Orang muda adalah aset kepada negara

PEPATAH Melayu menyebut, pemuda tiang agama pemudi harapan bangsa manakala pepatah Arab menyebut, jika hendak melihat bangsa akan datang maka lihatlah remaja hari ini.

Demikianlah besarnya peranan remaja atau golongan muda-mudi dalam sesebuah negara. Mereka bukan sahaja dikurniakan fizikal yang kuat tetapi sering teruja mencuba sesuatu yang baru. Bagaimanapun, ada tanggapan bahawa golongan muda ini tidak berminat mengambil bahagian dalam proses demokrasi memilih pemimpin melalui pilihan raya.

Pada umumnya, orang muda ini darahnya panas. Dari satu aspek mereka suka kepada memberontak atau tidak sabar apabila berhadapan dengan sesuatu situasi.

Sebenarnya sifat ini dimiliki oleh kita semua. Ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran sebelum kita mencapai tahap kematangan dalam hidup.

Darah panas yang dimaksudkan kepada golongan remaja atau orang muda ini bertujuan mencabar minda. Ia adalah sebahagian proses mematangkan diri seseorang itu. Pada tahap umur begini, golongan muda lebih kepada perdebatan atau proses berhujah.

Dalam psikologi, hal ini boleh difahami secara abstrak dan ia akan merangsang individu itu untuk bertindak.

Masih ramai golongan muda terutama Melayu yang tidak mahu mengundi pada pilihan raya. Adakah ini memang salah satu ciri psikologi pada tahap umur begini?

Sikap manusia apabila berada dalam zon selesa maka minda kita tidak akan tercabar. Kita tidak akan rasa ada keperluan untuk turut serta misalnya dalam pilihan raya.

Antara hujah yang diberi ialah kita selalu beranggapan sama ada mengundi atau tidak, tidak akan mengubah apa-apa. Kalau aku tidak mengundi, orang lain akan undi. Pendek kata, keputusan bagi pertandingan itu sudah pun diketahui. KLIK

Inilah antara punca mengapa generasi muda Melayu kurang berminat mengundi. Apabila telah biasa menikmati kehidupan yang selesa dan tidak pernah merasa jerih payah hidup seperti golongan datuk nenek kita dahulu, kesenangan hidup ini kurang disyukuri.

Sebaliknya, jika kita adalah etnik minoriti atau kedudukan kita tergugat, kita akan sentiasa mencari jalan mengatasinya. Atau dalam situasi pilihan raya, bila ada isu yang kena pada batang hidung baru dirasa perlu mengundi.

Apa yang perlu kita tekankan ialah menyedarkan golongan muda tentang hak mereka untuk mengundi dalam negara demokrasi seperti Malaysia.

Dulu, golongan muda yang ke depan dalam berjuang menuntut kemerdekaan. Pendek kata, mereka tidak sayang nyawa. Demikian juga peranan golongan muda dalam membantu dakwah Rasulullah s.a.w.

Contohnya, Abu Qasim yang berusia 15 tahun sudah menyertai Nabi menjelajah hampir dua pertiga India. Demikian juga peranan Saidina Ali yang masih belasan tahun apabila bersetuju menggantikan Nabi di tempat tidur Rasulullah s.a.w dalam peristiwa hijrah baginda ke Madinah.

Sebenarnya orang muda adalah aset kepada negara kerana mereka ini penuh bertenaga dan mampu dikerah melakukan apa sahaja berbanding golongan lebih tua. Cuma persoalannya bila bakat itu akan tertonjol?

Selalunya apabila golongan itu berada dalam risiko barulah daya tahan ini ditonjolkan. 

Semasa zaman mudalah, kudrat kita kuat, minda berada pada tahap paling efisien, sentiasa teruja ibarat orang sedang lapar melihat makanan.

Jadi dalam keadaan begini, banyak yang boleh disumbangkan oleh golongan muda. Lebih-lebih lagi dalam konteks pembangunan negara ke arah Islam hadhari. Salah satu ciri penting ialah penguasaan ilmu pengetahuan masyarakat dan digunakan untuk ketamadunan dan kesejahteraan bukan sebaliknya.

Pada usia begini sepatutnya golongan muda terlibat dalam proses demokrasi seperti mengambil bahagian dalam pilihan raya. Sebabnya, undi kita menentukan kerajaan yang akan memerintah. KLIK

Dalam aspek yang lain, golongan ini juga perlu berhati-hati terhadap sebarang cubaan atau anasir merosakkan masyarakat. Sebabnya jika generasi muda sudah rosak maka kepimpinan masa depan negara akan terjejas.

Jangan kita terpengaruh dengan dakyah bahawa usia muda yang sekali ini perlu dihabiskan dengan kegiatan kurang berfaedah atau berfoya-foya. Tanggapan kita, Allah Maha Pengampun. Hari ini aku buat jahat esok bila dah umur 40 tahun aku taubat la.

Bagaimana kita hendak menarik minat golongan muda dalam proses pilihan raya negara?

Kita kena memahami bahawa golongan muda ini sedang mengalami proses transisi sebelum mencapai tahap matang.

Apabila sudah matang mereka akan mula berfikir tentang tanggungjawab kepada negara seperti mengundi.

Yang penting kita perlu melahirkan masyarakat yang berfikir supaya pembangunan fizikal dan minda berada pada kelas pertama.

Selesai membaca sila lihat video sex di bawah:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...