Translate

Memaparkan catatan dengan label Parasit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parasit. Papar semua catatan

18/08/2014

HADI MENAFIKAN BELIAU MENANDATANGANI SURAT SOKONGAN JIJAH KIPAS ???


SEMUA INI ADALAH PERANCANGAN MAT SABU BERSAMA AL-JUBURI ??? KLIK

Petikan dibawah: KLIK

"Saya sedar ianya sesuatu yang sangat sukar bagi Datuk Seri Hadi Awang kerana Jawatankuasa PAS pusat dikuasai oleh kumpulan Anwarinas dan para parasit.

Malahan ada maklumat menyatakan ada puak dalaman dengan sokongan pihak luar PAS sedang berusaha supaya mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat esok bukan sahaja akan menolak ketetapan Majlis Syura' Ulama PAS dan menolak pendirian Mursyidul Am dan Presiden; malah mereka mahu Jawatankuasa PAS Pusat membuat keputusan menerima cadangan Anwar mencalonkan bini dia Azizah sebagai MB dan mengesahkan pemecatan Tan Sri Khalid.


Malah lebih biadap dan kurang ajar, mereka mahu Jawatankuasa PAS Pusat memberi amaran dan kata dua kepada Datuk Seri Hadi Awang supaya toe the line, akur kepada kehendak mereka atau beliau sendiri menghadapi kemungkinan disingkir dan dipecat sebagai Presiden PAS, na'uzubillah.

Semoga Allah memberi Datuk Seri Hadi Awang dan kepimpinan ulama' PAS kekuatan iman, quwwah dan istiqomah dalam perjuangan yang penuh fitnah dan ranjau duri kedajjalan ini.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu 20 Syawal 1435
16 Ogos 2014 "

09/05/2013

"6 BUDAK HITAM" MAIN LOMPAT-LOMPAT, DUA JATUH SUNGAI TINGGAL LAGI... ???


Heboh diperkatakan oleh masyarakat yang kurang senang selepas pengumuman PRU ke 13 di DUN dan Parlimen Marang.  Yang peliknya timbul perkataan "6 BUDAK HITAM" - apa yang dimaksudkan masih lagi dalam siasatan oleh pihak tertentu bagi memastikan kebenarannya maklumat "6 BUDAK HITAM".

Keputusan yang sungguh memeranjatkan BUKANNYA DISEBABKAN KEKALAHAN, tetapi ketidak hadiran pengundi terdiri daripada PENGUNDI PEMUDA dibeberapa kawasan peti undi yang majoritinya cukup tinggi menjadi tanda-tanya ??????

Suara-suara sumbang juga kedengaran sebelum selesainya mengundi juga turut disuarakan yang mana mereka mengetahui bahawa keputusan PRU ke 13 adalah berpihak kepada Parti Pembangkang dengan jumlah undian yang banyak????  HEBAT...HEBAT....HEBAT. KLIK DISINI 

Jika perkara ini benar berlaku, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlulah mengambil tindakan yang tegas kerana perkara ini adalah AMAT SERIOUS dan tidak sepatutnya berlaku, demi untuk masa depan anak bangsa serta negara.

Mereka-mereka ini juga boleh dilabelkan sebagai PENGKHIANAT ANAK BANGSA yang tidak memikirkan masa depan anak cucu termasuk keluarga mereka sendiri. KLIK BACA HINGGA SELESAI


20/09/2012

Hasan Ali tak hairan puak parasit dalam PAS membisu pasal tweet Ngeh...

hasan-pc1xx
JUAK PAS TERLALU TAKUT DENGAN DAP

Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali tidak terperanjat jika pemimpin PAS yang dilabelkan beliau sebagai parasit dalam parti itu menyepi diri membisu tanpa bahasa dalam isu tweet Ngeh Koo Ham yang mengina umat Islam sedang membantah penerbitan filem Innocence of Muslims.

Tegasnya, beliau memang mahu melihat pemimpin-pemimpin PAS tampil kehadapan terutama golongan itu menyatakan pendirian mereka tetapi percaya mereka akan membisu seperti  biasa berlaku sebelum ini.


02/09/2012

Keadaan Menteri Besar Kedah Masih Kritikal Di Kedah Medical Centre!

kmcnew2
KENAPA TAK LAKUKAN KEPADA USTAS NUAR AL-JUBURI ???

Diberitakan Azizan Abdul Razak telah kehilangan darah yang cukup banyak dan dipercayai telah disihir oleh pihak-pihak yang mengidamkan jawatannya selaku Menteri Besar Kedah. 
 
Sebelum ini, Azizan Abdul Razak cuba ditikam belakang oleh satu kumpulan yang turut dianggotai oleh Exco-Exconya sendiri. Azizan tidak sahaja dikatakan didesak agar melepaskan jawatan, bahkan salah seorang daripada mereka, telah bersumpah dan berikar akan membuatkan Azizan Abdul Razak tidak lagi dapat bertanding pada pilihanraya kali ini. 
 

03/04/2012

HEBAT-HEBAT-HEBAT PARASIT PAS TIDAK PENTINGKAN AKIDAH


Dr. Rani tukar agama baru 'AGAMA PARASIT'

01/02/2012

Hasan dedah pemimpin parasit


Buat kali pertama, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan pemimpin Pas yang selama ini dianggap ‘parasit’ dengan menamakan Timbalan Pesuruhjaya Pas III negeri, Khalid Samad sebagai individu terbabit.

Beliau yang dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam negeri pada 13 Januari lalu mendakwa, Ahli Parlimen Shah Alam itu sering dilihat menyebarkan fahaman yang tidak menyebelahi Islam selain merupakan individu paling lantang menentang usahanya untuk melarang penjualan minuman keras di kedai-kedai runcit di kawasan penempatan majoriti orang Melayu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...