Translate

Memaparkan catatan dengan label JKR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JKR. Papar semua catatan

30/09/2013

PERLANTIKAN KONTRAKTOR "CAP AYAM" ???

Gara-gara perlantikan Kontraktor "CAP AYAM" lah yang berpunca daripada beberapa buah bangunan di Terengganu RUNTUH. Sungguh memalukan...

Manakala Jabatan Kerja Raya pula janganlah hendak menuding jari kepada mana-mana pihak. Jika ianya telah ditentukan berkualiti, maka tidak lah berlaku perkara-perkara sebegini rupa.

Alhamdullilah tiada nyawa yang terkorban dalam kejadian-kejadian yang berlaku.

Kontraktor yang bertanggungjawab perlu diambil tindakan sekeras-kerasnya dan dituduh di Mahkamah bagi pengajaran kepada kontraktor yang lain, agar mengulangi perkara sedemikian.




01/06/2013

ROMBAK ATAU TUKAR PEGAWAI PEGAWAI JKR YANG MENYELEWENG ????

Terlalu dimanjakan dan tidak pernah mengambil tindakan keatas Pegawai-Pegawai JKR yang menyeleweng, terutama mementingkan perniagaan sendiri daripada tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan.

Rasanya ramai diantara mereka-mereka dari Jabatan Kerja Raya (JKR) yang terlibat secara langsung dengan perniagaan sendiri diseluruh Negeri Terengganu.

Itu sebab banyak projek-projek Kerajaan terbengkalai atau tidak dapat disiapkan dalam jangka tempoh yang ditetapkan. Ini bukan satu tuduhan, tapi adalah kenyataan.

Tindakan tegas perlu diambil dan jika perlu ditukarkan keluar daripada Negeri Terengganu. KLIK

22/05/2013

KONTRAKTOR CAP AYAM, CAP AYAM, CAP AYAM !!!!

Kontraktor dilantik untuk menyiapkan projek kerajaan negeri perlu bersikap telus dan patuh setiap syarat ditetapkan bertujuan mengelak sebarang kemungkinan berlaku. KLIK

Namun begitu sebaliknya pula berlaku, sikap sambil lewa dengan mementingkan keuntungan daripada kualiti adalah puncanya perkara yang tidak diingini berlaku. KLIK

Selain dariada itu, pihak-pihak tertentu seperti JKR perlulah memantau setiap projek yang dilaksanakan sebelum serah sepenuhnya kepada kerajaan. KLIK

NAMA SAJA KONTRAKTOR yang berkelayakkan tapi diumpamakan seperti "KONTRAKTOR CAP AYAM"

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menyiasat segera semua masjid yang menggunakan reka bentuk sama dengan Masjid Binjai Kertas di Hulu Terengganu yang runtuh malam Isnin lepas.

Ahmad berkata kajian perlu dilakukan bagi memastikan sama ada runtuhan berpunca daripada kesilapan reka bentuk atau pembekal yang menyediakan bahan yang kurang bermutu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...