Translate

19/05/2013

TEKTIK PEMBANGKANG MEMANG KETERLALUAN DAN KURANG AJAR !!!

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek menyifatkan dakwaan harga barang naik sebagai tindakan berbaur politik keji pembangkang.
Jelas beliau, usaha jahat itu semata-mata mahu menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.
"Perkara pertama selepas saya dilantik sebagai menteri, saya telah minta Ketua Setiausaha Kementerian untuk siasat perkara ini dan kita dapati tidak benar sama sekali.
"Malah subsidi barang terkawal juga kekal seperti biasa," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Ekspo Belia Barangan Buatan Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Sehubungan itu, Hasan meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan dakwaan tersebut kerana ia tidak benar.
"Saya sendiri akan turun padang sekiranya dakwaan harga barang meningkat terbukti benar," tegas beliau. - KOSMO!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...