Translate

04/05/2013

PRU-13: Pas bukan parti Islam - Dr. Mahathir

KUALA KETIL 4 Mei - Negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa Pas bukan sebuah parti Islam, sebaliknya ia hanyalah sebuah parti yang menjadi punca perpecahan orang Melayu dan Islam.

Bekas Perdana Menteri berkata, parti itulah menyebabkan orang Melayu dan Islam berpecah apabila mereka mengkafirkan ahli-ahli UMNO.

"Pas bukan menambah penganut Islam, tetapi mengurangkannya dengan mengkafirkan orang UMNO. Ahli Pas bukan ramai hanya sekitar 300,000 sahaja," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra di sini hari ini.

Sehubungan itu, Dr. Mahathir mahu perkara (Pas bukan sebuah parti Islam) itu disebarkan supaya orang Islam meninggalkan parti berkenaan serta menolaknya pada pilihan raya esok.

Pada majlis itu Dr. Mahathir mengumumkan aku janji tambahan yang telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membina kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Baling.

Oleh itu, beliau merayu supaya rakyat Baling keluar mengundi Barisan Nasional esok. - UTUSAN ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...