Translate

Memaparkan catatan dengan label Jenayah Kekerasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah Kekerasan. Papar semua catatan

19/06/2014

PROVOKASI TERLAMPAU - ISTERI DITETAK SUAMI !!!


Gambar hiasan
ALOR SETAR, 18 Jun (Bernama) -- Seorang wanita berusia 30-an dan seorang lelaki berusia 19 tahun cedera parah apabila ditetak oleh suami wanita berkenaan dalam kejadian di Jalan Rakyat, Langgar, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, suami kepada wanita itu baru sahaja pulang daripada berniaga dan ternampak isterinya bersama dengan lelaki lain dalam rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya berkata suami berusia 29 tahun itu ditahan di lokasi kejadian.

"Wanita tersebut cedera pada paha kanan akibat terkena senjata tajam dan lekai itu patah kaki dan tangan dan kedua-dua mangsa dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," katanya ketika dihubungi.

Nashir berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Suspek ditahan reman sehingga 24 Jun ini bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

07/02/2014

OPS CANTAS, OPS CANTAS - KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK MULA MEMBIAK SEMULA ????


Negara kita mula digegarkan dengan kejadian tembak menembak. Mana dia pasukan khas yang ditubuhkan. Tak kan nak dibiarkan kejadian jenayah kekerasan berluasa baru nak bertindak.

Pemimpin politik Myanmar terselamat dari cubaan bunuh di Bukit Bintang

KUALA LUMPUR: Dua pemimpin parti politik Myanmar termasuk Pengerusi Parti Pembangunan Kebangsaan Rakhine (RNDP), Dr Aye Maung terselamat dalam cubaan membunuh di kawasan Bukit Bintang di sini, Rabu lalu. 

Menurut sumber polis, beberapa das tembakan yang dilepaskan seorang daripada dua lelaki bermotosikal tidak mengenai sasaran iaitu kereta BMW yang dinaiki pemimpin itu bersama tiga lagi kenalannya di Jalan Alor. 

Dalam kejadian 11.30 malam itu, turut bersama Aye Maung ialah Pengerusi Parti Arakan Liga Demokrasi, Aye Thor Aung dan dua lagi warga Myanmar. 

Mereka dikatakan baru meninggalkan Plaza Low Yat sebelum kenderaan mereka diserang dua lelaki berkenaan yang dipercayai rakyat Myanmar. 

"Susulan tembakan itu, kenderaan dinaiki Aye Maung terus memecut ke sebuah hotel di ibu negara sebelum laporan polis dibuat. Tiada kecederaan dilaporkan terhadap mereka," kata sumber itu. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh. 

Aye Maung adalah pengerusi sebuah suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan Myanmar untuk menyiasat insiden rusuhan etnik di Rakhine. - BERNAMA

27/10/2013

"OPS CANTAS LATIN" PERLU DILAKSANAKAN SEBELUM MEMBIAK ???

Kumpulan Berbangsa Latin atau lebih mudah dipanggil "GAGAK HITAM" adalah penyumbang peningkatan Jenayah Kekerasan di negara ini.

SHAH ALAM: Polis Selangor percaya mereka dapat menumpaskan kumpulan pecah rumah dianggotai empat orang berbangsa Latin, termasuk seorang wanita, yang aktif melakukan kegiatan itu di Shah Alam.
Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kesemua suspek berumur antara 26 dan 44 tahun, dua daripada mereka masing-masing memiliki pasport Colombia dan Sepanyol manakala dua lagi memegang pasport Colombia ditangkap dalam Ops Pintu pada Rabu dan Khamis lepas.
Kumpulan itu ditahan selepas polis mengesan dua suspek di dalam sebuah kenderaan berlegar-legar di Kota Kemuning dan nombor pendaftaran kereta itu pernah digunakan dalam kejadian pecah rumah di Seksyen 8 Shah Alam, sebelum ini.

12/10/2013

WANITA NYARIS MATI DITEMBAK DI LAMPU ISYARAT


BINJAI - Kejadian berlaku pada hari ini 11/10/2013 jam lebih kurang 6.40 petang di persimpangan lampu isyarat Binjai berhadapan dengan Balai Polis Binjai.

Seorang wanita berumur 22 tahun sedang memberhentikan m/kar yang dipandunya di lampu isyarat, tiba-tiba telah ditembak oleh 2 lelaki yang menaikki m/sikal dengan dua das tembakan, mengenai dilengan kanan dan tapak tangan kanan.


Penjenayah menaikki m/sikal dipercayai jenis Yamaha 135 LC berwarna merah dan bertopi keledar warna hitam.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis.

29/08/2013

ALANG-ALANG MENYELOK PERKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN !!

Polis buru 40,000 anggota kongsi gelap - Bakri.

Yang pentingnya kita laksanakan dengan penuh kejujuran/ikhlas serta berwibawa demi untuk mengembalikan imej serta kepercayaan masyarakat terhadap PDRM.

Rakyat yang inginkan keselesaan serta keamanan sentiasa menyokong sepenuhnya segala tindak tanduk yang diambil oleh PDRM, untuk membenteras gegala yang kian membusuk ini.

Peranan serta penggembelingan tenaga pegawai dan anggota disetiap peringkat harus diperkukuhkan, jangan ada yang menjadi "TALAM DUA MUKA".

TAHNIAH, TAHNIAH DAN TAHNIAH.

14/08/2013

DULU PISTOL, SEKARANG BOM PULAK ???

Mangsa letupan bom di Tumpat

Kerajaan Kelantan Minta MKN Jelaskan Tahap Keselamatan

KOTA BAHARU, 13 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Kelantan meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi taklimat mengenai tahap keselamatan di negeri ini supaya pendekatan berkesan dapat diambil bagi membendung kejadian jenayah.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata beberapa kejadian jenayah melibatkan senjata api yang kian membimbangkan boleh menjejaskan keselamatan orang awam serta menakutkan mereka.

10/08/2013

KETIADAAN ISA PUNCA JENAYAH KEKERASAN MENINGKAT ???

Gambar hiasan

'Bouncer' pusat hiburan cedera terkena tembakan


GEORGE TOWN - Seorang 'bouncer' di sebuah pusat hiburan di Jalan Keramat di sini, cedera di paha selepas terkena tembakan dalam kejadian
awal hari ini.
Chong Peng Meng, 43, dari Flat Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim bersama rakannya ditembak seorang suspek bertopi keledar sejurus tiba di tempat letak kereta pusat hiburan itu pada pukul 12.50 pagi.
"Suspek telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa yang sedang turun dari keretanya jenis BMW dan satu das tembakan mengenai paha sebelah kiri mangsa," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi Bernama di sini.
Gan berkata, mangsa yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dilapor dalam keadaan stabil manakala rakannya tidak cedera.
Siasatan awal polis di tempat kejadian menemukan tujuh kelongsong peluru jenis 9mm dan mendapati satu das tembakan mengenai kereta jenis Perodua Myvi milik orang awam, katanya.
Katanya polis percaya kejadian ada kaitan dengan pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap. - Bernama.

14/05/2013

JENAYAH KEKERASAN MENGGUNAKAN SENJATAPI BERLELUASA ????


PASUKAN KHAS DITUBUH DI SETIAP KONTIJEN SIASAT JENAYAH SENJATA API

Kuala Lumpur, 14 Mei - Polis melancarkan gerakan besar-besaran memburu kumpulan penjenayah yang membunuh sasaran dengan senjata api menerusi penubuhan pasukan khas di setiap kontinjen negeri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin memberitahu Bernama langkah segera itu yang dibuat susulan banyak kes bunuh menggunakan senjata api mutakhir ini, menunjukkan keseriusan polis menangani kejadian tersebut. 

14/07/2012

Tak perlu sorok fakta, jenayah memang meningkat, kata Musa Hassan


Tak perlu sorok fakta, jenayah memang meningkat, kata Musa Hassan

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.
“Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.
“Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.
Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.
“Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’.
“Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan ‘bodyguard’,” kata Musa.
Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...