![]() |
Mangsa letupan bom di Tumpat |
Kerajaan Kelantan Minta MKN Jelaskan Tahap Keselamatan
KOTA BAHARU, 13 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Kelantan meminta Majlis
Keselamatan Negara (MKN) memberi taklimat mengenai tahap keselamatan di negeri
ini supaya pendekatan berkesan dapat diambil bagi membendung kejadian jenayah.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata beberapa kejadian
jenayah melibatkan senjata api yang kian membimbangkan boleh menjejaskan
keselamatan orang awam serta menakutkan mereka.