Sebelum ini nama TS Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara sering dikaitkan dengan kenyataan kontroversi yang seolah-olah berbau parti pembangkang.
Dek kerana itu, pemimpin pembangkang dan media pro-pembangkang memberikan ruang yang sangat luas kepada sebarang kenyataan beliau yang dilihat 'menghentam' kerajaan hari ini.
MiM dan beberapa rakan bloggers telah berkesempatan bertemu beliau awal bulan November yang lepas. Kami makan sarapan pagi bersama dan pelbagai soalan dikemukakan kepada beliau. Di antaranya ialah keputusan beliau menarik balik saman terhadap Anwar Ibrahim.
