Translate

Memaparkan catatan dengan label Kumpulan Kongsigelap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kumpulan Kongsigelap. Papar semua catatan

05/09/2013

ADAKAH PERLU PENYENARAIAN NAMA KETUA KONGSIGELAP DIUMUMKAN ???

Gambar hiasan

Bekas ketua kongsi gelap kini dalam politik

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan, mendedahkan seorang bekas banduan, yang juga bekas ketua kumpulan kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat bawahan dalam sebuah parti politik di Pulau Pinang.
Katanya, beliau yang ketika itu masih dalam perkhidmatan polis, menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini. 
Katanya, bekas banduan itu pernah menjadi ketua kongsi gelap di negara ini 
dan aktifnya dalam politik sehingga memegang jawatan penting dalam parti adalah satu perkembangan yang tidak sihat kepada politik negara.

Beliau yang ditemui di sini, tidak mendedahkan identiti pemimpin itu tetapi berkata individu berkenaan kini merupakan ketua di peringkat bawahan sebuah parti politik di negeri itu.

Zaman Khan menggesa polis menyiasat perkara itu kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi oleh orang ramai terhadap penglibatan ahli politik dalam dunia kongsi gelap. 

30/08/2013

PEYENARAIAN KUMPULAN KONGSIGELAP MASIH LAGI TIDAK TEPAT ???

Senarai kumpulan kongsigelap yang dipaparkan di KOSMO KLIK adalah tidak tepat, itu hanya sebahagian saja yang dipaparkan. 


Jika dirujuk kembali rekod lampau daripada Bahagian atau Unit Cawangan Kongsigelap/Maksiat dan Perjudian (D7) di negeri-negeri rasanya melebehi daripada carta yang telah dikeluarkan oleh KDN.

Nanti jangan sampai diketawakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang tidak tersenarai.  Ini akan menunjukkan kelemahan siasatan yang dijalankan atau pihak Cawangan Pencegah Kongsigelap/Maksiat dan Perjudian (D7) tidak memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menyenaraikan nama-nama kumpulan kongsigelap dalam usaha membenteras kegiatan-kegiatannya yang kian membusuk.

ATAU kumpulan-kumpulan yang lain tidak aktif ????? 

Kegiatan pelacuran serta perjudian dinegara ini juga didalangi oleh kumpulan kongsigelap, adakah ini tidak termasuk didalam kategori yang dikeluarkan oleh KDN ???

Atau mereka ini semua adalah 'THUG GENG' ??? KLIK

29/08/2013

ALANG-ALANG MENYELOK PERKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN !!

Polis buru 40,000 anggota kongsi gelap - Bakri.

Yang pentingnya kita laksanakan dengan penuh kejujuran/ikhlas serta berwibawa demi untuk mengembalikan imej serta kepercayaan masyarakat terhadap PDRM.

Rakyat yang inginkan keselesaan serta keamanan sentiasa menyokong sepenuhnya segala tindak tanduk yang diambil oleh PDRM, untuk membenteras gegala yang kian membusuk ini.

Peranan serta penggembelingan tenaga pegawai dan anggota disetiap peringkat harus diperkukuhkan, jangan ada yang menjadi "TALAM DUA MUKA".

TAHNIAH, TAHNIAH DAN TAHNIAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...