Translate

Memaparkan catatan dengan label Kes Tembakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kes Tembakan. Papar semua catatan

07/02/2014

OPS CANTAS, OPS CANTAS - KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK MULA MEMBIAK SEMULA ????


Negara kita mula digegarkan dengan kejadian tembak menembak. Mana dia pasukan khas yang ditubuhkan. Tak kan nak dibiarkan kejadian jenayah kekerasan berluasa baru nak bertindak.

Pemimpin politik Myanmar terselamat dari cubaan bunuh di Bukit Bintang

KUALA LUMPUR: Dua pemimpin parti politik Myanmar termasuk Pengerusi Parti Pembangunan Kebangsaan Rakhine (RNDP), Dr Aye Maung terselamat dalam cubaan membunuh di kawasan Bukit Bintang di sini, Rabu lalu. 

Menurut sumber polis, beberapa das tembakan yang dilepaskan seorang daripada dua lelaki bermotosikal tidak mengenai sasaran iaitu kereta BMW yang dinaiki pemimpin itu bersama tiga lagi kenalannya di Jalan Alor. 

Dalam kejadian 11.30 malam itu, turut bersama Aye Maung ialah Pengerusi Parti Arakan Liga Demokrasi, Aye Thor Aung dan dua lagi warga Myanmar. 

Mereka dikatakan baru meninggalkan Plaza Low Yat sebelum kenderaan mereka diserang dua lelaki berkenaan yang dipercayai rakyat Myanmar. 

"Susulan tembakan itu, kenderaan dinaiki Aye Maung terus memecut ke sebuah hotel di ibu negara sebelum laporan polis dibuat. Tiada kecederaan dilaporkan terhadap mereka," kata sumber itu. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh. 

Aye Maung adalah pengerusi sebuah suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan Myanmar untuk menyiasat insiden rusuhan etnik di Rakhine. - BERNAMA

24/10/2013

ROMPAKAN BANK MELIBATKAN PENGAWAL KESELAMATAN

Saspek ARDI BIN HAMZA, 37 th, Jalan Apas, Batu 2, No. 70, Tawau, Sabah
Kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, Jalan USJ Sentral 2 Subang Jaya. 

Mangsa seorang perempuan bekerja sebagai operation officer ambank nama Norazita bt Abu Talib u/37 thn. telah bertugas selama 16 thn dengan Ambank.
Kejadian pada 23.10.13 jam l/kurang 1818 hrs di bilik kebal bank tersebut, telah berlaku kejadian tembakan daripada saspek nama Ardi bin Hamza umur 37 thn beralamat Jalan Apas Batu 2 no 70 Tawau, Sabah. 

senjata yang digunakan jenis pumpgun dengan melepaskan 1 das tembakan mengenai muka mangsa ketika sedang membuka peti kebal dan melarikan wang dlm jumlah yang tidak diketahui.

Saspek kemudian telah melarikan diri dengan menggunakan sebuah m/sikal sedang di kesan.

Semasa kejadian seramai 5 staf berada ditempat kejadian termasuk saspek. Polis sedang jalankan siasatan.

12/10/2013

WANITA NYARIS MATI DITEMBAK DI LAMPU ISYARAT


BINJAI - Kejadian berlaku pada hari ini 11/10/2013 jam lebih kurang 6.40 petang di persimpangan lampu isyarat Binjai berhadapan dengan Balai Polis Binjai.

Seorang wanita berumur 22 tahun sedang memberhentikan m/kar yang dipandunya di lampu isyarat, tiba-tiba telah ditembak oleh 2 lelaki yang menaikki m/sikal dengan dua das tembakan, mengenai dilengan kanan dan tapak tangan kanan.


Penjenayah menaikki m/sikal dipercayai jenis Yamaha 135 LC berwarna merah dan bertopi keledar warna hitam.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis.

17/08/2013

KENYATAAN INI PERLU DISOKONG…. DEMI KEAMANAN SEGAJAT

BUKIT MERTAJAM - PR wajar diberi ruang untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk menangani peningkatan kes tembak yang semakin drastik sejak kebelakangan ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan kes tembakan yang berlaku hampir setiap hari begitu membimbangkan masyarakat.

“Cadangan kerjasama telah pun dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya kami diberikan ruang untuk menyumbangkan pendapat.

“Isu ini semakin berat dan kerjasama yang dicadangkan dapat membantu menangani masalah yang berlaku.
Beliau berharap peluang dan ruang yang diberikan dapat membantu mengurangkan kerisauan masyarakat.

“Polis kena terima kenyataan dan perlu meningkatkan tahap profesionalisme untuk memerangi jenayah,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...