Translate

Memaparkan catatan dengan label Kes Pembunuhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kes Pembunuhan. Papar semua catatan

02/12/2013

KES PEMBUNUHAN MENYAYAT HATI

Polis: Kematian 3 beradik bukan tragedi biasa

Polis: Kematian 3 beradik bukan tragedi biasa

ALOR SETAR - Misteri kehilangan tiga beradik sejak Jumaat lalu, terjawab apabila kesemua mereka ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan.

Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.

Manakala dua adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui kira-kira jam 3 petang, hari ini dalam keadaan terapung dalam tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, dekat sini.

Dalam kejadian berkenaan, Noor Syafikah, anak sulung kepada pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, keluar rumah bersama dua adiknya di Jalan Datuk Kumbar, di sini, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.

Tiga beradik itu ke rumah seorang kawannya yang terletak di Kampung Gelam kira-kira 15 minit dari rumah mereka.

Bagaimanapun mereka tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam membuatkan pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 pagi, Sabtu.

Pencarian mereka membawa kepada penemuan motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.

Penemuan mayat Noor Syafikah terus menimbulkan keresahan keluarga kerana dua adiknya lagi masih gagal dikesan.

Bagaimanapun selepas kira-kira sejam selepas jenazah Noor Syafikah dikebumikan, hari ini, keluarga terbabit dikejutkan dengan penemuan mayat dua lagi anak mereka yang merungkai kehilangan tiga beradik itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa.

Untuk berita selanjutnya sila KLIK DISINI

17/08/2013

KENYATAAN INI PERLU DISOKONG…. DEMI KEAMANAN SEGAJAT

BUKIT MERTAJAM - PR wajar diberi ruang untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk menangani peningkatan kes tembak yang semakin drastik sejak kebelakangan ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan kes tembakan yang berlaku hampir setiap hari begitu membimbangkan masyarakat.

“Cadangan kerjasama telah pun dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya kami diberikan ruang untuk menyumbangkan pendapat.

“Isu ini semakin berat dan kerjasama yang dicadangkan dapat membantu menangani masalah yang berlaku.
Beliau berharap peluang dan ruang yang diberikan dapat membantu mengurangkan kerisauan masyarakat.

“Polis kena terima kenyataan dan perlu meningkatkan tahap profesionalisme untuk memerangi jenayah,” katanya.

11/07/2013

JENAYAH KEKERASAN MENGGUNAKAN SENJATAPI MENINGKAT DI KELANTAN ???

PEMBUNUH UPAHAN SEMAKIN BERANI BERTINDAK DI KELANTAN ??

KOTA BHARU – Polis tidak menolak kemungkinan seorang pembunuh upahan telah diarahkan oleh pihak tertentu untuk menembak mati seorang guru muzik di Kampung Beris Panchor, Bachok dekat sini kelmarin.
Andaian itu berdasarkan maklumat daripada beberapa individu mengatakan terdapat pihak yang sakit hati dengan mangsa, Hashim Mat Zain, 43, yang didakwa mempunyai banyak hutang dan tidak berpegang pada janji.
Selain itu, dendam lama juga disyaki menjadi motif pembunuhan. Mangsa dikatakan ditembak menggunakan pistol jenis Smith & Wesson.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, melalui maklumat yang dikumpul, mangsa yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor turut terlibat dalam aktiviti jualan langsung, kontrak dan pembalakan namun ia masih dalam siasatan.
“Setakat ini kita terima khabar angin sahaja mengatakan mangsa ini banyak hutang, tak bayar hutang, janji dengan orang tetapi tidak tepati. Mungkin orang yang tertipu rasa marah, sakit hati kemudian upah orang untuk melaksanakan jenayah.
“Kebanyakan kes tembak di Kelantan bersebab, sama ada balas dendam, tidak puas hati. Mesti ada sebab, bukan sewenang-wenang melakukan samun, rompak dan tembak, tidak. Pandangan saya, ini mesti ada dendam lama dan sakit hati,” katanya ketika ditemui semalam. KOSMO

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...