Memang benar apa yang telah diperkatakan oleh Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Tan Sri Zaman Khan dan mungkin juga bekas Pengarah JSJ sebelum daripada ini dengan menyatakan perkara-perkara seperti itu jarang berlaku pada zaman beliau berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), di mana kes tembakan sering kali disabitkan sebagai samun atau rompakan.
KUALA LUMPUR 30 Julai - Kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang semakin berleluasa sekarang merupakan fenomena baharu dan mungkin melibatkan 'pembunuh upahan', kata bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Tan Sri Zaman Khan.
Beliau berkata, kes jenayah kini tidak lagi berunsur rompakan atau samun tetapi bermotifkan isu peribadi, dan modus operandi penjenayah terbabit dirancang dengan rapi.