
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada Isnin membidas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri, Ariffin Deraman yang mahu wakil rakyat PAS di negeri ini diberi peruntukan sama seperti wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
Ini kerana katanya, PAS yang pernah memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 juga tidak menyalurkan peruntukan itu kepada wakil rakyat BN.