Translate

20/05/2013

AMARAN AWAL DARI ZAHID HAMIDI

Jangan politikkan segala tindakan pihak berkuasa

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin pembangkang supaya tidak mempolitikkan segala pelaksanaan dan tindakan pihak berkuasa dalam usaha memelihara keamanan dan kesejahteraan negara. 

Pihak berkenaan boleh menghadapi risiko besar sekiranya terus berbuat demikian, katanya pada sidang media selepas memulakan tugas hari pertama sebagai menteri dalam negeri. 

"(Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng harus membezakan antara objektif politik, langkah politik dengan pelaksanaan undang-undang. Jangan mempolitikkan segala pelaksanaan undang-undang yang dilaksanakan oleh IGP (ketua polis negara) atau lain-lain agensi yang berada di bawah KDN," katanya. 

Ahmad Zahid berkata ketua polis negara, ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KDN, diberi kuasa sepenuhnya bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut bidang kuasa masing-masing, tanpa campur tangan politik. 

Sebarang tindakan yang dilakukan di bawah KDN tidak boleh dianggap sebagai tindakan bermotifkan politik, tetapi berlandaskan kepada asas-asas perundangan yang sedia ada, katanya. KLIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...