Translate

31/07/2017

AHLI UMNO: 'Jangan jadi seperti ketam dalam bakul’

PETALING JAYA - Ahli Umno dIingatkan supaya tidak menjadi seperti 'ketam di dalam bakul' yang cuba melepaskan atau menaikkan diri masing-masing dengan cara memijak orang lain, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas timbalan presiden Umno itu sebaliknya meminta supaya anggota parti itu bersikap seperti semut, yang sentiasa 'bersalam' dengan rakannya yang lain apabila bersua.

"Masalah kita ini, semangat macam ketam dalam bakul, ketam punya perangai apabila dalam bakul dia pijak sesama sendiri sebab dia nak keluar daripada bakul dan selamatkan diri dia atau menonjolkan dirinya.

Tetapi akhirnya kerana terpijak sesama sendiri, semua ketam itu mati sedangkan sepatutnya ada seekor ketam yang boleh keluar dan mendapatkan bantuan untuk menjatuhkan bakul itu agar semua ketam tadi dapat keluar," katanya semasa berucap menutup persidangan perwakilan Umno Bahagian Kelana Jaya di sini hari ini.

30/07/2017

Wakil Rakyat, Pemimpin UMNO Kaut Kekayaan Peribadi Merosakkan Parti

Sikap segelintir wakil rakyat dan pemimpin UMNO yang ghairah mengaut kekayaan peribadi menyebabkan imej parti itu tercalar.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin dalam UMNO perlu mengubah sikap bagi menawan hati rakyat.

Katanya, keadaan ini diambil kesempatan oleh pembangkang untuk menanamkan kebencian rakyat terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

"Dalam tempoh lebih 9 tahun mungkin hampir 10, kebencian itu ditanam dan diuar-uarkan. Apa yang kita buat semua serba tidak kena," ujarnya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Kuala Langat pada Ahad.

Jelasnya, biarpun apa perubahan yang dibuat setakat ini, ia belum cukup untuk mengembalikan keyakinan rakyat kerana rakyat mahu semangat UMNO yang dulu.

Katanya lagi, ahli UMNO sepatutnya memberi tumpuan mengubah persepsi rakyat, bukannya banyak membuang masa menyelesaikan isu dalaman parti.

"Seladang patah tanduk apabila bergaduh sesama sendiri. Akhirnya daging seladang dimakan harimau dan keadaan ini yang kita lalui sekarang," katanya.

Sumber: KLIK DISINI

29/07/2017

FIC: Pembelian Hotel, Tiga Individu Ditahan SPRM

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak pada 2014.

Menurut sumber, dua daripada mereka yang berusia 47 dan 51 tahun merupakan pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruskan pembelian hotel tersebut.

Mereka ditahan di pejabat SPRM Putrajaya pukul 9 pagi Sabtu ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes tersebut.

23/07/2017

Pakatan Harapan yang diterajui PEMIMPIN ‘GILA TALAK’

Rakyat perlu menolak Pakatan Harapan yang diterajui pemimpin ‘gila talak’, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata pakatan pembangkang itu umpama kapal tiga nakhoda yang menunggu masa untuk tenggelam akibat tidak tidak sehaluan.
“Rakyat sudah berikan peluang selama 22 tahun untuk top dog itu memimpin. Kali ini, apabila kegilaan talak berlaku, saya fikir tibalah masanya rakyat menolak pakatan impian siang hari ini yang berketuakan seorang yang kehilangan talaknya,” katanya.

21/07/2017

DAP Parti Sombong Dan Angkuh Perlu Diberi Pengajaran

SIK, 20 Julai (Bernama) -- DAP disifatkan sebagai sebuah parti yang sombong dan angkuh berikutan keengganan mereka mengakui kesilapan sebaliknya menyalahkan pihak lain kononnya mahu menjatuhkan parti itu menjelang pilihan raya umum akan datang, kata seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kesombongan DAP terserlah selepas enggan mengakui kesalahan untuk mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu yang baharu.

"
DAP ini daripada dahulu angkuh dan sombong. Dalam Parlimen dan berceramah pun tetap kata mereka yang betul. Orang lain semua tak betul dan dia seorang sahaja yang betul.

20/07/2017

PROJEK MADEY KESEMUANYA MUFLIS, SEBABNYA TANYA MADEY

4 Projek Pengangkutan Awam Utama KL Yang Dimulakan Mahathir Semua MUFLIS.

Terdapat empat projek pengangkutan awam utama KL yang dimulakan oleh Mahathir. Projek-projek itu ialah:
1.      Laluan Monorail KL
– Projek monorel yang diswastakan ini telah diluluskan dalam mesyuarat kabinet pada Jun 1989. Kosnya dianggarkan berjumlah RM143 juta. Apabila akhirnya selesai dan dibuka, ia menelan kos sebanyak RM1.18 bilion pada tahun 2003.
– telah
muflis
– diselamatkan dan diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan pada tahun 2007 dengan kos RM882 juta.

19/07/2017

ATUK MADEY KECUT TELOK ???

PENUBUHAN SURUHANJAYA SIASATAN UNTUK MENYIASAT KES KERUGIAN AKIBAT URUS NIAGA MATA WANG ASING OLEH BANK NEGARA MALAYSIA SEKITAR TAHUN 1990-AN.

Adalah dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990-an, di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119), berkuat kuasa mulai 15 Julai 2017.

2.Selaras dengan peruntukan Akta 119, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan perkara-perkara berikut:-

17/07/2017

LIM KIT SIANG TAK PUAS HATI PERLANTIKAN MAJLIS PRESIDEN

Pengumuman struktur kepimpinan dan gerak kerja Pakatan Harapan yang diumumkan lewat malam semalam disifatkan Exco Pemuda UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah sebagai tidak masuk akal dan serba tidak kena.
Kata Armand, hasil mesyuarat selama lebih 15 jam seperti dikatakan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sekadar untuk menunjukkan kepada rakyat kononnya mereka sudah mencapai kata sepakat.
“Jelas mereka tidak dapat sebuah konsensus yang tepat. Dalam satu parti politik bagaimana boleh ada satu ketua umum, satu pengerusi, satu presiden, tiga timbalan presiden, empat naib presiden. Berdasarkan senarai yang mereka keluarkan, tidak jelas siapa yang akan mengetuai Pakatan Harapan. Malah logo pula diciplak dari Singapura,” kata Armand merujuk kepada logo baru Pakatan Harapan mirip logo Parti Demokratik Singapura.

16/07/2017

Lim Kit Siang Pemimpin De Facto Pakatan

TAHNIAH DAP kerana bertindak cukup bijak apabila 'deklarasi bersama' Pakatan Harapan (PH) ditandatangani oleh semua 'big bos' PKR, PAN dan PPNM tapi DAP hanya oleh pemangku pengerusinya, YB Tan Kok Wai.

ITULAH "THE ART OF WAR"(Sun Tzu ) iaitu :

MEMBUNUH DGN PISAU YG DIPINJAM ... KEPUNG WEI UTK SELAMATKAN ZHAO...PERDAYA LANGIT UTK MELEWATI SAMUDERA.

Ia antara strategi perang yg sangat licik dan benar-benar dihayati DAP.

DAP tahu politik Melayu PH berpecah parah.

DAP juga dapat menghidu dgn persis kerana ketiga-tiga 'mangsa' ini adalah ciptaan mereka.

PKR, PAN dan PPBM bukan saja lemah dan 'divided' tapi juga merupakan RAMUAN TEPAT MEMECAHBELAHKAN MELAYU DAN ISLAM.

Justeru Lim Kit Siang (LKS) membiarkan deklarasi dibuat kerana beliau tahu DAP bukan saja paling berkuasa dgn sejumlah pengundi Cina di bandar sudah pasti milik mereka dan INI MENJAMIN KEDUDUKAN ANAKNYA LIM GUAN ENG (LGE) DI SAF NAIB PRESIDEN SEBAGAI DE FACTO PRESIDEN PH memandangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) masih tetap dlm jel dan tiada jaminan utk mendapat pengampunan.

Tun Dr Mahathir Mohamad (TM) pula sudah berusia hampir 100 tahun dan DS Wan Azizah diketahui terlalu lemah dan hanya boneka.

Maka dgn deklarasi yg hanya diiktiraf oleh PEMANGKU PENGERUSI, DAP TAHU PH BERADA DLM GENGGAMAN MEREKA dan mengekalkan status DAP LED PH.

Dgn cara ini, DAP akan dapat memperalatkan PKR, PPBM dan PAN dalam agenda menguasai politik Malaysia dan MELAKSANAKAN SEGALA DASARNYA.

Inilah kelebihan politik DAP dan Lim Kit Siang

- TAN SRI ANNUAR MUSA
14/7/17


Sumber: KLIK DISINI

15/07/2017

PAS Dan UMNO Tidak Perlu Bertumbuk Lagi

PAS wajar mempertimbangkan kerjasama politik dengan UMNO dalam membawa agenda perjuangan Melayu dan Islam, sekali gus menumbangkan pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata kedua-dua parti itu berkongsi matlamat dalam memartabatkan Islam, manakala pakatan pembangkang terutama DAP cenderung ingin menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini.

Beliau berkata, persefahaman mulai kelihatan antara PAS dan UMNO yang berupaya menghalang cubaan menggugat orang Melayu jika kerjasama dalam PRU-14 terjalin.

12/07/2017

#PROJEK GAJAH PUTIH: HOSPITAL KTS BARU TERENGGANU

HOSPITAL KTS BARU TERENGGANU PULA BERMASALAH !

Rakyat Terengganu sangat menanti nanti pembukaan pusat Perubatan baru KTS - Kuala Terengganu Specialist Hospital di Batu Buruk. Walaupun Terengganu mendapat hasil minyak yang lumayan sejak tahun 1976 lagi tetapi masih belum mempunyai Hospital Perubatan Swasta yang baik serta boleh di banggakan sesuai dengan gelaran jolokan negeri kaya Kuwait Malaysia.

Malangnya projek tersebut yang di mulakan pada awal 2012 dan sepatutnya siap pada akhir 2014 masih belum siap dan tidak dapat digunakan. Selepas 6 tahun, ia itu sudah hampir 3 tahun tergendala, Hospital tersebut di katakan menghadapi beberapa masalah dan belum dapat beroperasi.

Dipercayai antara masalah yang dihadapi adalah kemasukan air yang dilapurkan datangnya dari sumber dalam bumi yang membanjiri tempat letak kereta bawah tanah hospital. Tuduhan dan rungutan orang awam yang lebih membimbangkan lagi adalah tentang tumbuhnya "fungus" di beberapa tingkat ruang ruang dalaman hospital yang bolih menjadi jangkitan merbahaya kepada pesakit yang sedang dirawat.

11/07/2017

#PRU14: PAKATAN HARAPAN TOLAK PAN DARI BERTANDING SEBARANG KERUSI

Selangor dan PRU14 Satu Diagnosis

Konflik yang wujud di Selangor pada ketika ini memungkinkan pertandingan 3 penjuru di kawasan2 yang ditandingi oleh PAS dan DAP dan 1 lawan 1 di kawasan yang ditandingi oleh PKR (kerusi tetap PKR).

Walau bagaimana pun, perubahan kerusi antara PKR, DAP dan PAN bergantung kepada budi bicara pihak PH. Buat masa ini, DAP yang mendominasi percaturan kerusi di Selangor. DAP juga telah menghantar 3 wakil Melayu DAP untuk mengawasi DUN milik PAS. Mereka adalah Dr Abdul Aziz Bari (Lembah Jaya dan Chempaka), Young Syefura Othman (Hulu Langat) dan Edry Faizal Eddy Yusof (Selayang)

Pakatan Harapan bimbang kepada senario politik tahun 2004 akan muncul kembali. Di mana sekiranya PAS bertanding atas tiket sendiri, bermakna undi pembangkang akan pecah kepada 2 dan sudah tentu kemenangan berpihak kepada UMNO/BN.

10/07/2017

KEGEMBIRAAN HUSAM HANYA SEKETIKA DIPERMAINKAN OLEH LIM KIT SIANG

Apa Dosa Husam Musa Kepada DAP Hingga Lim Kit Siang Mahu Kuburkan Kerjaya Politiknya?

Husam Musa benar-benar gembira kerana dia telah dinamakan oleh Lim Kit Siang sebagai bakal Menteri Besar Kelantan yang baru. Kegembiraannya itu membuatkan dia mencabar PAS dan UMNO Kelantan untuk menamakan calon Menteri Besar Kelantan selepas PRU-14 untuk dibanding-bandingkan dengan dirinya.
Sememangnya dari satu segi, Husam Musa ada kekuatan kerana disokong kuat oleh Lim Kit Siang. Kata-kata Lim Kit Siang bermakna undang-undang dalam DAP. Berdasarkan perkiraannya, DAP yang tidak ada satu kerusi pun di Kelantan, akan berusaha sekuat mungkin untuk menaikkan Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan.

Husam Musa adalah Penasihat Parti Amanah Negara (PAN).

08/07/2017

PERJUANGAN MAHATHIR DIDORONG KEPENTINGAN PERIBADI HANYA UNTUK MENYELAMATKAN LEGASI KELUARGANYA

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pusingan-U terbaru dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri menunjukkan keadaan bekas perdana menteri itu yang panik susulan keputusan Kabinet untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kebenaran di sebalik kerugian Bank Negara sebanyak RM30 bilion dalam urus niaga mata wang asing semasa kepimpinannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Dr Mahathir tahu bahawa dapatan RCI boleh membawa kepada
pendakwaan jenayah dan beliau tidak boleh membenarkan individu yang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kes itu, misalnya Anwar, untuk memberi keterangan terhadapnya.

07/07/2017

DAP PURA2 BUAT TERKEJUT KENYATAAN ROS

DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar esok di Kuala Lumpur untuk membincangkan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) supaya parti itu membuat pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) baharu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata walaupun masih belum menerima surat, DAP melihat arahan terbaru RoS itu sebagai satu tindakan yang serius.
Menurutnya, pihaknya perlu meneliti isi kandungan surat rasmi daripada RoS kepada DAP terlebih dahulu, sebelum menentukan tindakan yang akan diambil parti.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO di ‘The Majestic Theatre’ di sini hari ini, beliau berkata keputusan muktamad akan dibuat oleh CEC dalam mesyuarat esok namun ia tertakluk kepada kandungan surat rasmi daripada RoS.

06/07/2017

SYED SADDIQ AHLI PUJANGGA BUKAN AHLI POLITIK

Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman hari ini menggesa tindakan disiplin diambil ke atas Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana membuat beberapa “tuduhan tanpa asas” ke atasnya.
Hamidah berkata beliau akan menulis surat rasmi kepada lembaga displin PPBM.
“Syed Saddiq tidak boleh membuat tuduhan liar dan tidak berasas tanpa memberi sedikit pun bukti,” katanya kepada FMT.
“Saya harap lembaga displin akan bertindak kerana jika diabaikan, dan ahli parti bebas menyerang satu sama lain secara terbuka, parti akan musnah. Lebih-lebih lagi Syed Saddiq seorang ketua Pemuda, jawatan penting parti.”

05/07/2017

MIMPI NGERI DAP DALAM PAKATAN

Tidak menguntungkan. Lantas DAP pun bersuara tidak cenderung pada idea Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dilihat mahu memonopoli kuasa dan pengaruh dalam Pakatan Harapan (PH).

DAP pada asasnya tidak akan bersetuju dengan mana-mana langkah politik yang tidak memberi pulangan nyata. Ia boleh bekerjasama dengan sesiapa dan menurut strategi apa jua jika ia menguntungkan.

Sebab itu DAP sanggup bekerjasama dengan PAS beberapa kali meskipun percubaan sebelum itu gagal. Ia pernah menyertai Semangat 46 dan PAS dalam Barisan Alternatif dan Gagasan Rakyat. Terakhir sekali bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat.

03/07/2017

GELI NYA !!! Jubah Atau Dress Perempuan?

LETUSAN idea kreatif anak-anak muda dengan menampilkan pelbagai gaya dan fesyen dilihat mampu memeriahkan lagi suasana di pagi Syawal.

Pada masa inilah pelbagai jenis rekaan baju melayu mahupun jubah dipakai golongan lelaki bagi menghadiri majlis-majlis keraian atau ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri.
Namun apa yang lucunya, setiap tahun pasti ada rekaan yang menjadi kecaman hebat dari pelbagai pihak khususnya dari netizen.
Terbaharu, tindakan seorang lelaki yang tanpa segan silu menggenakan jubah ‘lentik’ rekaannya ketika 1 Syawal baru-baru ini turut menerima nasib yang sama apabila menerima kecaman hebat majoriti pengguna media sosial.

01/07/2017

#GST: PM MALAYSIA BERPAKAT DENGAN PM INDIA LAKSANAKAN GST ????

INDIA 1 JULAI: Kebanyakan kedai dan bisnes menutup perniagaan di seluruh Kashmir pada Sabtu membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula pada 1 Julai di negara itu.
Pihak keselamatan di Srinagar mengetatkan kawalan bagi mengelakkan sebarang bantahan jalan raya oleh penduduk.
Ramai peniaga dan pembangkang mendakwa pelaksanaan regim baru cukai itu menghakis keistimewaan status wilayah Jammu dan Kashmir seperti termaktub dalam Artikel 370 Perlembagaan, lapor Media Tempatan New18.com.
Sebuah organisasi yang mendakwa mewakili kira-kira 17,000 persatuan perniagaan, Bhartiya Udyog Vyapar Mandal menggesa kepada peniaga untuk menutup perniagaan sebagai bantahan kepada pelaksanaan GST.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...