PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung pembelian
sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di
Kuching, Sarawak pada
2014.
Menurut sumber, dua daripada mereka yang berusia 47
dan 51 tahun merupakan pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen
untuk menguruskan pembelian hotel tersebut.
Mereka ditahan di pejabat SPRM Putrajaya pukul 9 pagi
Sabtu ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes tersebut.