PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung pembelian
sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di
Kuching, Sarawak pada
2014.
Menurut sumber, dua daripada mereka yang berusia 47
dan 51 tahun merupakan pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen
untuk menguruskan pembelian hotel tersebut.
Mereka ditahan di pejabat SPRM Putrajaya pukul 9 pagi
Sabtu ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes tersebut.
Manakala seorang lagi yang ditahan di pejabat SPRM
Kuching pada jam 1.30 petang Sabtu merupakan pengarah syarikat berusia 57 tahun
yang memiliki hotel tersebut.
"Siasatan awal mendapati pengarah syarikat terbabit
telah melantik syarikat ajen tersebut untuk menguruskan pembelian hotel
itu," jelas sumber itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk
Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata dua
pengarah syarikat ejen itu akan direman selama tujuh hari sehingga 4 Ogos di
Mahkamah Putrajaya bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, seorang lagi suspek dijangka direman
pagi Ahad di mahkamah Putrajaya.
Pada Jumaat, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli
Ahmad mengarahkan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat pembelian hotel
tersebut yang disyaki telah dibeli dengan harga yang lebih tinggi dari pasaran.
Baca lebih lanjut di KLIK DISINI