Sikap segelintir wakil rakyat dan
pemimpin UMNO yang
ghairah mengaut kekayaan peribadi menyebabkan
imej parti itu tercalar.
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan
Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin dalam UMNO perlu
mengubah sikap bagi menawan hati rakyat.
Katanya, keadaan ini diambil kesempatan oleh pembangkang
untuk menanamkan
kebencian rakyat terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional.
"Dalam tempoh lebih 9 tahun mungkin hampir 10,
kebencian itu ditanam dan diuar-uarkan. Apa yang kita buat semua serba tidak
kena," ujarnya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO
Bahagian Kota Kuala Langat pada Ahad.
Jelasnya, biarpun apa perubahan yang dibuat setakat
ini, ia belum cukup untuk mengembalikan keyakinan rakyat kerana rakyat mahu
semangat UMNO yang dulu.
Katanya lagi, ahli UMNO sepatutnya memberi tumpuan
mengubah persepsi rakyat, bukannya banyak membuang masa menyelesaikan isu dalaman parti.
"Seladang patah tanduk apabila bergaduh sesama
sendiri. Akhirnya daging seladang dimakan harimau dan keadaan ini yang kita
lalui sekarang," katanya.
Sumber: KLIK DISINI