INDIA 1 JULAI:
Kebanyakan kedai dan bisnes menutup perniagaan di seluruh Kashmir pada Sabtu
membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) yang bermula pada 1 Julai di negara itu.
Pihak
keselamatan di Srinagar mengetatkan kawalan bagi mengelakkan sebarang bantahan
jalan raya oleh penduduk.
Ramai
peniaga dan pembangkang mendakwa pelaksanaan regim baru cukai itu menghakis
keistimewaan status wilayah Jammu dan Kashmir seperti termaktub dalam Artikel
370 Perlembagaan, lapor Media Tempatan New18.com.
Sebuah organisasi yang mendakwa
mewakili kira-kira 17,000 persatuan perniagaan, Bhartiya Udyog Vyapar Mandal
menggesa kepada peniaga untuk menutup perniagaan sebagai bantahan kepada
pelaksanaan GST.
India hari ini memulakan
pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) iaitu pembaharuan
cukai terbesarnya dalam tempoh 70 tahun yang disasarkan kerajaan dapat
mentransformasi ekonomi bernilai AS$2 trilion (AS$1 = RM4.29) dalam tahun-tahun
akan datang.
Ia
melibatkan empat jenis cukai dengan kadar terendah bagi barangan perlu ditetapkan pada 5.0 peratus manakala produk dan
perkhidmatan mewah
pengguna sebanyak 28 peratus.
Bekas
Perdana Menteri India, Manmohan Singh yang juga antara arkitek utama usaha
pembaharuan ekonomi India pada awal 1990-an, memilih untuk menjauhkan diri
manakala Parti Kongres yang juga pembangkang utama dan sekutunya pula bertindak
memboikot acara pelancaran cukai berkenaan yang mereka labelkan sebagai satu
gimik.
Usaha
pelaksanaan rejim cukai baharu itu di semua 29 negeri India dan tujuh Wilayah
Persekutuannya, dijangka berdepan cabaran kerana kebanyakan perniagaan kecil
negara itu mengalami kekurangan sumber serta aspek digital bagi mematuhi
keperluan GST berkenaan.
TIMES
OF INDIA turut melaporkan premis pernigaan di Kolkata turut menutup kedai
mereka tanda bantahan terhadap pelaksanaan cukai itu.
Turut
dilaporkan peniaga di Uttar Pradesh turut sama menutup perniagaan ketika mana
pihak keselamatan berkawal bagi mengelakkan sebarang kekacauan timbulnya
protes.
Sumber: KLIK DISINI