LETUSAN idea kreatif anak-anak muda dengan
menampilkan pelbagai gaya dan fesyen dilihat mampu memeriahkan lagi suasana di
pagi Syawal.
Pada
masa inilah pelbagai jenis rekaan baju melayu mahupun jubah dipakai
golongan lelaki bagi
menghadiri majlis-majlis keraian atau ketika menghadiri rumah terbuka
Aidilfitri.
Namun
apa yang lucunya, setiap tahun pasti ada rekaan yang menjadi kecaman hebat dari
pelbagai pihak khususnya dari netizen.
Terbaharu,
tindakan seorang lelaki yang tanpa segan silu menggenakan
jubah ‘lentik’ rekaannya
ketika 1 Syawal baru-baru ini turut menerima nasib yang sama apabila menerima
kecaman hebat majoriti pengguna media sosial.
Menerusi
beberapa gambar yang kini tular di media sosial, pemuda itu menggayakan ‘busana’
jubah di tengah jalan, selain merakamkan penampilannya dengan bersandar pada
sebuah kereta dengan gaya melentik.
Tidak setakat itu, dia turut
memakai satu lagi jubah lentik berwarna kuning sambil berposing bagi
menampakkan susuk badannya ditambah pula potongan di bahagian bawah baju itu
ala seperti ikan duyung.
Rekaan
dan gaya pemuda tersebut seterusnya mendapat kecaman netizen yang menyifatkan
jubah dengan potongan tersebut tidak sesuai untuk dipakai mana-mana lelaki.
“Ini
jubah atau dress perempuan. Tak perlulah pelik sangat. Gelilah!” kata
Qistina Balqis Musa di laman sosial.
Sementara
itu, Ismail Husin pula berkata: “Ini bukan jubah. Siapalah pereka ini.
Agak-agaklah, memalukan saja. Pakaian ini lebih kepada kaum Hawa.”
Manakala
Abdul Hanif Hadeni pula berkata, dia lebih rela memakai baju ‘pagoda’ dan
berkain pelikat daripada perlu memakai ‘jubah’ berkenaan. – MYNEWSHUB.CC