Tidak menguntungkan. Lantas DAP pun bersuara tidak cenderung pada idea Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dilihat mahu memonopoli kuasa dan pengaruh dalam Pakatan
Harapan (PH).
DAP pada asasnya tidak akan bersetuju dengan
mana-mana langkah politik yang tidak memberi pulangan nyata. Ia boleh
bekerjasama dengan sesiapa dan menurut strategi apa jua jika ia menguntungkan.
Sebab itu DAP sanggup bekerjasama dengan PAS
beberapa kali meskipun percubaan sebelum itu gagal. Ia pernah menyertai
Semangat 46 dan PAS dalam Barisan Alternatif dan Gagasan Rakyat. Terakhir
sekali bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Namun dalam kes mahu melonjakkan lagi kerjasama
dalam PH yang bercita-cita bertarung dalam Pilihanraya Umum ke-14 menggunakan
satu manifesto dan logo, DAP nyata tidak bersetuju dengan penstrukturan yang
dicadangkan oleh PPBM.
Cadangan itu herot. DAP melihat PPBM cuba “mendominasi” PH dengan meletakkan Pengerusinya Tun Dr Mahathir
Mohamed dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada posisi yang sama
pula dalam struktur PH.
Dalam perkataan lain DAP membaca PPBM mahu
“mengambil alih” kepimpinan pakatan itu.
Keresahan ini disuarakan Setiausaha Agung DAP, Lim
Guan Eng yang melihat pakej cadangan PPBM itu sebagai tidak memenuhi aspirasi
DAP, PKR dan Amanah.
"Saya tidak akan bersetuju jawatan pengerusi dan
presiden (PH) diisi oleh BERSATU (PPBM). Ini adalah suatu monopoli dan
penguasaan kawalan (terhadap PH)," katanya.
Jumaat lalu Majlis Presiden PH bermesyuarat
mengenai struktur kepimpinan PH menjelang PRU ke-14 yang akan didaftarkan
dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam masa terdekat. Difahamkan struktur itu
akan diumumkan minggu ini.
Dr Mahathir dan Muhyiddin dinamakan sebagai
Pengerusi dan Presiden PH, sementara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
cuma dicadangkan sebagai Penasihat gagasan itu sahaja.
Guan Eng masih kaget syor PPBM ini boleh diketahui
pihak media namun yang pasti beliau menganggap butir sedemikian adalah tidak
wajar dan tidak boleh beliau persetujui.
Sumber: BERSAMBUNG LAGI DISINI