Pengarah
Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Kedah, Ridzwan Abu Bakar
berpandangan
pemimpin politik bertaraf ‘lebai’ akan mempercayai DAP dibiayai oleh Israel.
Menurut
beliau, pemimpin bertaraf ‘lebai’ itu menyebarkan dakwaan tersebut dan
memberikan gambaran kerosakan yang berlaku jika Pakatan Harapan memerintah
negara.
“Kalau
Pakatan Harapan menang, Israel
akan kuasai Malaysia kerana DAP dibiayai oleh Israel.
“Lalu,
ada beberapa ‘lebai’ bertaraf pemimpin pun percaya dan turut menyebarkan sama
gambaran ‘kerosakan’ yang direka cipta itu,” dakwanya dalam satu
kenyataan media yang dipercayai merujuk kepada pemimpin PAS hari ini.
Ridzwan
berkata, kaum Cina mengelarkan PAS “nang bo ti nang koi bo ti koi” kerana parti
itu kadang-kala boleh menjadi pembangkang dan kadang-kala menyokong kerajaan.
Beliau turut
membidas ahli agama kerana membaca kaedah menolak mafsadah (kerosakan) lebih
diutamakan dari melaksanakan masaleh (kebaikan)
“Lalu
diulas kaedah tersebut dengan kerosakan yang ‘bakal’ berlaku sekiranya Pakatan
Harapan,” katanya.
Pakatan
Harapan dibarisi oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAN dan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM). – MYNEWSHUB.CC
Sumber: KLIK DISINI
Sumber: KLIK DISINI