Seorang anggota akar umbi Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) hari ini membuat laporan kepada suruhanjaya
pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berkaitan isu kekayaan
keluarga pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Laporan itu
dibuat oleh anggota jawatankuasa PPBM bahagian Shah Alam Wan Mohamad Ashraf
Nasjaruddin di pejabat SPRM Selangor di sini.
“Siasatan ini perlu bagi rakyat tahu sama ada Dr
Mahathir ini seorang pemimpin bersih atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita
selepas membuat laporan itu dan menyerahkan dokumen berkaitan di pejabat SPRM
Selangor.
Katanya
beliau membuat laporan itu berikutan pelbagai soalan diajukan oleh anggota
peringkat akar umbi mengenai isu kekayaan anak-anak Dr Mahathir, namun pihaknya
tidak diberikan penjelasan secukupnya mengenai dakwaan itu sehingga hari ini.
Mohamad Ashraf yang mendakwa beliau
bertanggungjawab membawa masuk ribuan anggota ketika PPBM ditubuhkan berkata,
pihaknya pernah bertemu anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz bagi mendapatkan
penjelasan mengenai isu kekayaan tersebut, namun mendakwa tidak diberikan ruang
secukupnya untuk berbuat demikian.
Menurutnya
kepercayaan beliau terhadap kepimpinan Dr Mahathir kini terhakis berikutan
dakwaan itu.
Sumber: KLIK DISINI
Sumber: KLIK DISINI