Pengasas PKR, Ng Lum Yong mendedahkan, dua kem membabitkan Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan
timbalannya Datuk Seri Azmin Ali sudah lama wujud iaitu sejak parti ditubuhkan.
Ujar Ng, Azmin
sejak daripada awal disekat Azizah daripada berperanan diperingkat nasional,
atas sebab-sebab yang hanya diketahui pimpinan tertinggi PKR.
"PKR
memang berpecah kepada dua kem. Kem Azizah dan Azmin. Saya tahu sebab saya
ketika itu dalam PKR. Azizah memang tidak bersetuju Azmin menjadi pemimpin
pusat.
"Daripada
1999 peranan Azmin hanya di peringkat Selangor sahaja bukan Pusat. Sebab proses
(pilih pemimpin kali) pertama (dalam PKR) dilantik oleh (Datuk Seri) Anwar
(Ibrahim). Seramai 28 Majlis Tertinggi, Anwar yang lantik. Nama Azmin tiada
dalam senarai," ujar Ng ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos.
Ng ketika
ditanya lanjut hanya berkata beliau tidak dapat memberitahu secara spesifik
apakah faktor Azizah begitu menyekat peranan Azmin dalam PKR, walaupun Azmin
antara anak muda yang lantang dan mempunyai daya kepimpinan yang disegani ahli
partinya.
"Saya
tidak dapat sebut sebab terlalu banyak insiden dan ianya ada kaitan dengan
keluarga dan ada kaitan dengan isteri Azmin," ujar Ng dalam nada yang
tersekat-sekat.
Isteri kepada
Azmin, Shamsidar Taharin sebelum ini kerap dikaitkan dengan tuduhan skandal
seksual dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun tuduhan
itu berlalu begitu sahaja dan isu itu bagaikan 'disenyapkan' semua pimpinan
tertinggi PKR ketika itu.
Masa berlalu
dan kini Azmin adalah individu dalam PKR yang punya kuasa paling besar melebihi
Azizah.
Azmin kini
adalah Menteri Besar Selangor selain memegang jawatan nombor dua tertinggi
dalam PKR, selepas Azizah.
Ng berkata
Azmin bijak memanfaatkan peluang yang ada terutama pada ketika krisis
pelantikan Menteri Besar Selangor, bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Calon
menteri besar bukanlah Azmin, mulanya Anwar. Calon kedua adalah Azizah. Tapi
sebab undang-undang maka Anwar tidak layak. Pada ketika ini Azmin bijak
mengambil peluang untuk menjadi menteri besar," kata Ng.
Azmin dilantik
menjadi Menteri Besar Selangor pada Mac 2014 selepas Khalid digulingkan PKR
sendiri menerusi Langkah Kajang.
Sumber: KLIK DISINI