Kata Armand,
hasil mesyuarat selama lebih 15 jam seperti dikatakan Pengerusi Pakatan Harapan
Tun Dr Mahathir Mohamad sekadar untuk menunjukkan kepada rakyat kononnya mereka
sudah mencapai kata sepakat.
“Jelas
mereka tidak dapat sebuah konsensus yang tepat. Dalam satu parti politik
bagaimana boleh ada satu ketua umum, satu pengerusi, satu presiden, tiga timbalan presiden, empat naib
presiden. Berdasarkan senarai yang mereka keluarkan,
tidak jelas siapa yang akan mengetuai Pakatan Harapan. Malah logo
pula diciplak dari Singapura,” kata Armand merujuk kepada logo
baru Pakatan Harapan mirip logo Parti Demokratik Singapura.
Selain memperkenakan logo baru, sidang media
Pakatan Harapan turut memperkenalkan ‘line-up’ Majlis Presiden Pakatan Harapan
sebagai persediaan menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Tun Dr Mahathir
Mohamad diangkat sebagai Pengerusi; Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum
dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, Presiden Pakatan Harapan.
Tiga
Timbalan Presiden dilantik;Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad
Sabu, sementara Naib Presiden Pakatan Harapan disandang oleh; Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chien Jen dan Salahudin
Ayub.
Di dalam
sidang media sama, Pakatan Harapan bersetuju mencalonkan Anwar sebagai Perdana
Menteri, namun tidak mendedahkan individu yang akan dilantik sebagai Perdana
Menteri interim sementara menanti pembebasan Anwar dari penjara.
“Anwar
Ibrahim akhirnya sudah mencapai apa yang diidam-idamkan sejak beliau
dilepaskan jawatan (pada 1998), iaitu kedudukan lebih tinggi daripada Tun
Dr Mahathir. Itu yang pasti,” ujar Armand.
Sumber: BERSAMBUNG KLIK DISINI