Anwar Bakal Menghancurkan Selatan Thailand Pula?
Khabar dari Thailand menyatakan bahawa Anwar akan berceramah di Pattani pada 4 dan 7 Julai. Kunjungan Anwar ke sana adalah untuk mencari pengundi yang memiliki dwi kerakyataan dengan bantuan beberapa orang politik pembangkang, orang-orang agama serta NGO-NGO Muslim di Selatan Thailand.
Beliau kini sedang mendekati Dr. Ismail Lutfi iaitu puak Wahabbi di Thailand dan Tuan Guru Nik Dir Waba.
Anwar juga akan melabur di koperasi Islam di sana dan merancang untuk membentangkan kertas kerja ekonomi dalam program yang dianjur oleh Koperasi Ibnu Affan yang dimiliki oleh Wahabbi di sana.
Jika khabar yang diterima ini benar, maka kunjungan Anwar ke Thailand ini perlu dilihat dari sudut yang lebih luas dari sekadar politik kepartian di Malaysia. Ini bukan sahaja soal berapa banyak undi yang mampu diraihnya bagi membantu Pakatan Rakyat di Kelantan ataupun Kedah. Tetapi, kita tidak boleh mengambil mudah kecenderungan Anwar ke arah mencetuskan huru-hara dan keganasan. Dengan keadaan di Selatan Thailand yang sedia bergolak di tambah dengan penduduk yang rata-ratanya miskin, bukan sukar untuk Anwar merekrut kumpulan yang sanggup melakukan keganasan dengan bayaran yang setimpal sekiranya difikirkannya perlu.