Anwar tak lalu makan nampaknya.. berita terbaru ni boleh sebabkan Anwar muntah darah..tak lalu nak meliwat beberapa hari..tapi kalau bagi ponggong muda mesti segar balik si Anwar ni!
KR1M, Menu Rakyat 1Malaysia, Kedai Ikan 1 Malaysia, TR1Ma, yang ni pulak KDS1M..banya la lagi yang dibuat oleh PM dan Kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat!
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) yang berobjektif membantu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini mengurangkan kos sara hidup, dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin.
KDS1M menawarkan diskaun antara 5 hingga 60 peratus bagi pembelian di 31 syarikat dan 14 koperasi yang menyertai program itu setakat ini. Antara sektor perniagaan yang terlibat ialah buku, alat tulis, pakaian, makanan dan minuman, produk IT, penginapan dan kesihatan.
Ketika berucap melancarkan KDS1M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa mendengar dan melaksanakan pandangan dan cadangan bernas dikemukakan pelajar IPT demi menjamin kebaikan serta kesejahteraan mereka.
Beliau berkata pelancaran kad diskaun itu jelas menunjukkan komitmen kerajaan bagi membantu mengurangkan kos sara hidup dan bebanan hampir 1.5 juta pelajar IPT awam dan swasta tempatan sepanjang tempoh pembelajaran mereka.
"Ini membuktikan dengan jelas bahawa pandangan-pandangan pemimpin pelajar di seluruh negara mengenai perkara-perkara yang ada hubung kait dengan kehidupan dan kepentingan sentiasa diberi perhatian," katanya.
Timbalan Perdana Menteri juga mahu lebih banyak syarikat dan koperasi menyertai program tersebut demi kebaikan pelajar IPT di negara ini.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut hadir pada majlis itu berkata kad diskaun itu akan mula diedarkan pada sesi pengajian bermula September nanti.
"Bila sesi pengajian bermula kita mula edarkan kepada pelajar tahun akhir dahulu, diikuti pelajar-pelajar lain. Kita harap (pelajar) menggunakannya dengan bijak," katanya.
Katanya siswa hanya perlu menunjukkan KDS1M bersama-sama kad pelajar atau kad pengenalan bagi mendapatkan diskaun yang ditawarkan oleh syarikat yang menyertai program itu.
Beliau berkata kerajaan juga bercadang memperluaskan kad diskaun itu kepada pelajar asing di negara ini.
Maklumat lanjut mengenai KDS1M boleh didapati di www.1pengguna.com. - BERNAMA
Macam ni punya gerak kerja kerajaan menjaga kebajikan rakyat boleh jadi hilang deposit pembangkang dalam bayak kawasan pilihanraya!