Translate

01/07/2012

ANWAR TANGGUNG PELUPUSAN PINJAMAN PTPTN DARI TABUNG BERSIH 3.0 BILLION ???

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melupuskan pinjaman pendidikan sebanyak RM475.046 juta kepada 16,959 graduan yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama sehingga 31 Mei lepas.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said (gambar)  berkata, daripada jumlah itu, seramai 12,529 pelajar dikecualikan daripada membayar balik pinjaman bernilai RM359.26 juta apabila pinjaman mereka ditukarkan kepada biasiswa.

Katanya, seramai 4,430 bekas pelajar tahun 2005, 2006 dan 2007 yang lulus cemerlang dengan mendapat Ijazah Sarjana kelas pertama turut menikmati pengecualian itu yang membabitkan peruntukan RM116.2 juta.

"Sebelum ini graduan cemerlang ini tidak mendapat pengecualian tersebut tetapi kerajaan baru-baru ini bersetuju untuk mengecualikan mereka daripada membayar balik pinjaman," katanya.

Bernama melaporkan beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Wang Pendahaluan Pembiayaan (WPP) kepada 124 pelajar kawasan Parlimen Kuala Krau yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi awam tahun ini di Temerloh, Jumaat.

Ismail, yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau, berkata kerajaan membelanjakan antara RM5 bilion hingga RM6 bilion setahun bagi pinjaman kepada pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggai awam dan swasta dan sehingga 31 Mei lalu, PTPTN telah memberi pinjaman kepada 1.98 juta pelajar membabitkan peruntukan RM44.18 bilion.

Berita selanjutnya sila baca DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...