Translate

Memaparkan catatan dengan label KSN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KSN. Papar semua catatan

03/05/2014

KSN PERLU AMBIL TINDAKAN SEGERA DAN BUKTIKAN !!

Penjawat Awam Sertai Perhimpunan Boleh Dibuang Kerja - KSN

KUALA LUMPUR: Penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang kerja, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
"Kalau kita dapat bukti kukuh mengenai penglibatan mereka, tindakan akan diambil seperti yang dinyatakan dalam pekeliling dan tatatertib perkhidmatan awam (yang) bermula dengan amaran hingga buang kerja", katanya.
Menurutnya, penjawat awam seharusnya menyokong aspirasi dan dasar kerajaan, bukan sebaliknya.
Beliau ditemui selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada 864 penerima di sini, Jumaat. Turut hadir Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad.
Ali diminta mengulas kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 semalam, yang menganggap penjawat awam terlibat dalam perhimpunan itu dianggap pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.

06/07/2012

LANCAR PROGRAM BARU NAK TURUN PADANG ???

KSN Minta Ketua-ketua Setiausaha, Ketua Jabatan Turun Padang
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa meminta semua ketua setiausaha dan ketua jabatan supaya turun padang untuk melihat sendiri keadaan petugas masing-masing ke arah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau yang berjanji akan turut berbuat demikian, berkata langkah itu bertujuan menjaga kebajikan penjawat awam dalam melaksanakan tugas.

"Kita perlu turun melihat sendiri keadaan sebenar. Ada kemungkinan jabatan tertentu ada (berlaku) kelewatan (dalam menyediakan perkhidmatan). Kita perlu lihat perkhidmatan kaunter (misalnya) dan kita (hanya) lihat dari depan, dan tidak tahu adakah mereka selesa, adakah sesiapa yang menjaga mereka.

"Kita perlu jaga kebajikan petugas kita sendiri, perlu lihat kepuasan mereka untuk memberi perkhidmatan," katanya pada program Dialog Khas bersama KSN terbitan RTM yang disiarkan secara langsung di TV1 Rabu malam.

Pelantikan Ali, 57, berkuat kuasa pada 24 Jun lepas, dan beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Ali yang merupakan KSN ke-13, sebelum ini merupakan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...