KSN Minta Ketua-ketua Setiausaha, Ketua Jabatan Turun Padang
KUALA
LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali
Hamsa meminta semua ketua setiausaha dan ketua jabatan supaya turun padang
untuk melihat sendiri keadaan petugas masing-masing ke arah memberi
perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Beliau yang berjanji akan turut berbuat demikian, berkata langkah itu bertujuan menjaga kebajikan penjawat awam dalam melaksanakan tugas.
"Kita perlu turun melihat sendiri keadaan sebenar. Ada kemungkinan jabatan tertentu ada (berlaku) kelewatan (dalam menyediakan perkhidmatan). Kita perlu lihat perkhidmatan kaunter (misalnya) dan kita (hanya) lihat dari depan, dan tidak tahu adakah mereka selesa, adakah sesiapa yang menjaga mereka.
"Kita perlu jaga kebajikan petugas kita sendiri, perlu lihat kepuasan mereka untuk memberi perkhidmatan," katanya pada program Dialog Khas bersama KSN terbitan RTM yang disiarkan secara langsung di TV1 Rabu malam.
Pelantikan Ali, 57, berkuat kuasa pada 24 Jun lepas, dan beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Ali yang merupakan KSN ke-13, sebelum ini merupakan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.