Translate

Memaparkan catatan dengan label Selatan Thailand. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selatan Thailand. Papar semua catatan

26/07/2014

MASYARAKAT ISLAM THAI KENA TENGOK DI SELATAN THAI APA DAH JADI ??


TAK PERLU LAH NAK BERDEMONTRASI DI KEDUTAAN ISRAEL DI BANGKOK ?  APA DAH JADI DENGAN MASYARAKAT ISLAM DI SELATAN THAI SEJAK KEBELAKANGAN INI.

BANGKOK, 25 Julai (Bernama) -- Beratus-ratus masyarakat Islam di Thailand berkumpul di hadapan Kedutaan Israel di Bangkok hari ini dalam demonstrasi secara aman menuntut bagi "menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Palestin" dan "Bebaskan Gaza". KLIK

Rakyat Malaysia Antara Yang Cedera Dalam Letupan Bom Di Betong Rakyat Malaysia Antara Yang Cedera Dalam Letupan Bom Di Betong.

YALA, 25 Julai (Bernama) -- Seorang rakyat Malaysia adalah antara mangsa letupan bom di Betong yang terletak di wilayah Yala, selatan Thailand, yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan berpuluh mangsa lain.

Daripada senarai di hospital Betong, warga Malaysia itu ialah seorang pemuda berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Jeemihan dan dipercayai berketurunan India sementara mangsa-mangsa lain adalah rakyat Thai.

Menurut pihak hospital ada 24 orang yang cedera tetapi sumber lain dan laporan media tempatan ada menyebutkan sehingga hampir 40 orang. KLIK


20/07/2012

JI Dan Bekas Komunis Dikesan Resapi Parti Politik Pembangkang, Cuba Jadi Calon P/Raya


JANGAN INGAT PDRM BODOH ???


KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

"Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana.

"Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen Khamis.

19/07/2012

KESELAMATAN SELATAN THAILAND SEMAKIN PARAH !!!

2

3 terbunuh, 6 parah serangan di kem tentera Narathiwat


BANGKOK: Tiga orang termasuk seorang anggota tentera, terbunuh manakala enam lagi parah selepas 30 lelaki bersenjata yang memakai pakaian seragam tentera dilengkapi jaket kalis peluru, menyerang sebuah kem tentera di Ruesor, Narathiwat, semalam. 

Ketua polis Reusor, Kolonel Dulyaman Yaena, berkata penyerang yang bersenjatakan M16, AK47 dan M79 melakukan serang hendap di Platun ke-3 Senjata Ringan dari Pasukan Petugas Kompeni Infantri ke-15123 kira-kira jam 6.50 petang.

07/07/2012

ANWAR HASUT UMAT ISLAM SELATAN THAI !



Anwar Bakal Menghancurkan Selatan Thailand Pula?

Khabar dari Thailand menyatakan bahawa Anwar akan berceramah di Pattani pada 4 dan 7 Julai.  Kunjungan Anwar ke sana adalah untuk mencari pengundi yang memiliki dwi kerakyataan dengan bantuan beberapa orang politik pembangkang, orang-orang agama serta NGO-NGO Muslim di Selatan Thailand. 

Beliau kini sedang mendekati Dr. Ismail Lutfi iaitu puak Wahabbi di Thailand dan Tuan Guru Nik Dir Waba. 

Anwar juga akan melabur di koperasi Islam di sana dan merancang untuk membentangkan kertas kerja ekonomi dalam program yang dianjur oleh Koperasi Ibnu Affan yang dimiliki oleh Wahabbi di sana.  

Jika khabar yang diterima ini benar, maka kunjungan Anwar ke Thailand ini perlu dilihat dari sudut yang lebih luas dari sekadar politik kepartian di Malaysia.  Ini bukan sahaja soal berapa banyak undi yang mampu diraihnya bagi membantu Pakatan Rakyat di Kelantan ataupun Kedah.  Tetapi, kita tidak boleh mengambil mudah kecenderungan Anwar ke arah mencetuskan huru-hara dan keganasan.  Dengan keadaan di Selatan Thailand yang sedia bergolak di tambah dengan penduduk yang rata-ratanya miskin, bukan sukar untuk Anwar merekrut kumpulan yang sanggup melakukan keganasan dengan bayaran yang setimpal sekiranya difikirkannya perlu.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...