Translate

Memaparkan catatan dengan label FIFA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FIFA. Papar semua catatan

20/10/2015

FIFA PERLU SIASAT FAM KERANA GAGAL MENANGANI KORUPSI ??

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) supaya menyiasat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mendakwa badan tersebut gagal menangani korupsi dan menyimpan pendapatan hasil penyiaran.

Menurut Reuters, Tunku Ismail berkata, FAM juga patut dipersalahkan apabila ranking pasukan bola sepak negara jatuh ke tangga ke-171 selepas kalah kepada UAE 10-10 bulan lepas.

"Mungkin Fifa perlu soal-siasat FAM," dipetik kata Tunku Ismail kepada Reuters.

07/07/2012

Kim Swee mahu letak jawatan kecewa tak dapat sokongan

FAM bertindak pelik, undang kecaman

Kuala Lumpur: HASRAT melihat skuad B-22 negara layak ke pusingan akhir Piala Asia B-22 2013 menggantikan Myanmar yang melanggar peraturan menurunkan pemain lebih umur musnah gara-gara keengganan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengemukakan bantahan rasmi.

Malah, pendirian FAM itu mungkin bakal memakan diri sendiri apabila dikhabarkan jurulatih skuad B-22 negara, Ong Kim Swee mahu meletak jawatan kerana kecewa tidak mendapat sokongan majikan sendiri.

Namun Kim Swee yang dihubungi malam tadi, enggan mengulas lanjut kerana masih bercuti.

Selepas tempoh 48 jam berakhir 7 petang semalam, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan sekretariatnya tidak menghantar sebarang surat bantahan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Kami tidak boleh semata-mata membuat bantahan menggunakan bukti-bukti daripada pihak ketiga (media) atau laman-laman web. Selepas meneliti senarai pendaftaran AFC, kami dapati memang terdapat nama sama tetapi mereka individu berbeza. 

“Jadi FAM tidak mempunyai bukti kukuh untuk membuat bantahan. Penjelasan lanjut akan diberikan pada sidang media khas esok (hari ini),” kata Azzuddin ketika dihubungi, semalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...