KUALA
LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein Khamis menafikan dakwaan awam bahawa wujud peningkatan kadar jenayah di
negara ini.
Beliau berkata rekod polis tidak menunjukkan sebarang
peningkatan kadar jenayah seperti didakwa oleh pihak-pihak tertentu.
Kepentingan awam semasa dalam isu jenayah telah membentuk
satu persepsi bahawa kadar jenayah semakin meningkat khusus menerusi media
sosial, katanya ketika mengulas komen beberapa pihak tertentu bahawa indeks
jenayah rendah yang dilaporkan oleh kementerian tidak menggambarkan keadaan
kadar jenayah sebenar.
Ini berikutan paparan beberapa klip video dalam media sosial
seperti Facebook yang menunjukkan seorang wanita disamun di parkir sebuah pusat
membeli-belah.
Hishammuddin berkata demikian selepas menutup mesyuarat dua
hari Panel Antarabangsa Kajian Semula Mengurangkan Kadar Jenayah 2012 dalam
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di sini Khamis. -- BERNAMA