Pilihanraya: Kalau Najib Takut,… Nik Aziz?
Dalam ceramahnya di majlis Temu Mata Anak Rantau Panjang D’Perantauan, Nik Aziz berkata, “Satu daripada kemenangan moral kita ialah bila Umno tak berani nak bubar parlimen. Lepas sehari, sehari ditangguh. Tentu ada sesuatu. Masalah apa kita tak tahu, yang pasti dia (Najib) ‘serabut perut’.”
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS macam yang kita tahu kerap bercakap guna kepala lutut berbanding memanfaatkan akal fikiran yang waras.
Padahal, bukan dia tak tahu dulu hingga kini, puak pembangkanglah yang paling awal meramal tarikh pilihanraya umum kononnya parlimen akan dibubar pada sekian-kian tarikh.
Bila pilihanraya umum tak berlaku seperti yang mereka ramalkan, mereka buat ramalan lain pula, bila tak terjadi juga mereka tuduh pula kerajaan pusat takut menghadapi pilihanraya.
Inilah skrip yang mereka mainkan siang malam sebaik saja masuk tahun ketiga mandat pemerintahan sejak dulu hingga kini sama saja motifnya.
Semuanya dilakukan sebenarnya bertujuan untuk mengekalkan semangat ahli parti sendiri supaya sentiasa fokus pada pilihanraya dan melupakan sengketa serta masalah dalaman parti.
Bila ahli dan penyokong asyik berbicara pasal pilihanraya, automatik hasil kerja buat pemimpin pembangkang yang langsung tak memberi hasil manfaat untuk rakyat tidak lagi menjadi buah butir persoalan.
Kan bijak tu. Bijak mengalih perhatian daripada kelemahan dan kebebalan sendiri di persoalkan orang bawahan.