Amanah Tawar Anjur Debat Antara Kerajaan Terengganu Dan
Pembangkang
PAS hanya pandai berkata-kata, mencemuh, menghina, mengumpat dan sebagainya tetapi untuk melaksanakannya jauh sekali...janji hanya tinggal janji.
KUALA TERENGGANU, 8 Julai (Bernama) -- Angkatan Amanah Merdeka
(Amanah) Terengganu hari ini menyarankan satu sesi debat diadakan di antara
kerajaan Terengganu dan pembangkang di negeri itu bagi merungkai isu
tempatan.
Pengerusinya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata Amanah
sedia menjadi penganjur bagi memberi ruang kedua-dua pihak menjawab pelbagai isu
yang menjadi bualan penduduk Terengganu sekarang.
"Saya banyak menerima
soalan daripada orang ramai tentang isu-isu yang perlu penjelasan dari pihak
kerajaan dan pembangkang dan atas dasar inilah kami mahu mengadakan debat isu
semasa untuk kali pertamanya di peringkat negeri sebagai perintis kepada usaha
ini," katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata Amanah juga telah
menghantar surat jemputan kepada Menteri Besar selaku Pengerusi Barisan Nasional
negeri Datuk Seri Ahmad Said dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut
dan berharap kedua-dua pihak terbuka menerima pelawaan itu.
"Ini juga
akan memberi peluang kedua-dua belah pihak menjelaskan hala tuju parti
masing-masing dan juga membentang manifesto mereka sambil membahaskan isu-isu
semasa lain," katanya.
Beliau berkata Amanah berpandangan debat satu
kegiatan sihat kerana pelbagai isu dapat dirungkai seperti ketika debat antara
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan bekas Pengarah Strategi Parti Keadilan
Rakyat Mohd Rafizi Ramli.
Debat juga katanya peluang bagi parti-parti
politik di negara ini menunjukkan kematangan masing-masing khususnya menjelang
pilihan raya umum ke-13.
Amanah merupakan badan bukan kerajaan yang
ditubuh Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada Julai tahun
lepas, bertujuan menjadi platform pelbagai pihak menyuarakan pandangan terhadap
isu yang dibangkit rakyat tanpa mengira fahaman politik. -- BERNAMA