Translate

09/07/2012

Hilang sudahkah ajaran ‘tok guru’ yang selama ini mereka pelajari? Negeri Serambi Mekah ??



Penyokong PAS tidak dapat bezakan ajaran Islam dan ajaran tok guru !!! - Ridhuan Tee


Pada 24 Jun 2012, dengan niat baik, saya menerima jemputan menjadi tetamu dan panel Wacana Perdana PRU 13: Masa depan Islam, anjuran Kerajaan negeri Kelantan, bersama dengan panel gandingan lain Dr Fadzli (exco Kerajaan Negeri Kelantan), Ustaz Fathul Bari (ulamak muda UMNO), dan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, dipengerusikan Amin Idris (TV9).

Apa yang mengejutkan adalah tingkah laku sebahagian peserta yang hadir membanjiri Balai Islam, Kota Bharu. Tingkah laku mereka yang bersorak, menjerit-jerit, mengejek, tidak meraikan perbezaan dan sebagainya, langsung tidak mencerminkan akhlak Islam. Begitu mengejutkan! mengalahkan wacana bukan Islam yang pernah saya hadiri. Inikah yang dikatakan rakyat Serambi Mekah?

Hilang sudahkah ajaran ‘tok guru’ yang selama ini mereka pelajari? Saya dan Fathul Bari, seolah-olah tidak diberikan ruang untuk berhujah. Mereka tidak dapat menerima perbezaan pendapat. Sedangkan kami hanya berkata benar.

Isu partisan langsung tidak dibangkitkan, kecuali Dr Fadzli. Apakah ini dinamakan fanatik atau taksub sehingga menyangkakan mereka yang betul, orang lain salah? Fanatik bermakna sikap yang keterlaluan dan melampau dalam sesuatu pegangan atau pendirian yang biasanya berkaitan dengan keagamaan.

Tidakkah kita sepatutnya berlapang dada dan fikiran serta sabar yakni tasamuh atau bertoleransi? Beberapa saya ingatkan, apabila berhujah, bincangkan apa yang betul, apa yang salah kerana itu akan membawa kebaikan dan meningkatkan minda. Bukannya menuding jari siapa betul, siapa salah, kerana ia hanya akan mengkerdilkan minda.

berita selanjutnya sila KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...