Translate

28/02/2013

Manifesto Pembangkang Boleh Buat Negara Muflis - Tun M

KUALA LANGAT: Manifesto pakatan pembangkang boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.
"Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kapal latihan kedua Tentera Laut Diraja Malaysia 'Teguh Samudera' oleh isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, di limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang hari ini.

PRU13 'pilihan raya media sosial' pertama M'sia

Post Pic
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjangka Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah 'pilihan raya media sosial' pertama di negara ini berikutan penggunan media sosial sebagai mekanisme penting berkempen.

Beliau berkata, walaupun media sosial bukan faktor terbesar dalam PRU13, ia meningkatkan perdebatan politik, selain menarik lebih banyak suara di dalamnya.

Najib berkata demikian ketika merasmikan Sidang Kemuncak Blogger dan Media Sosial, di sebuah hotel terkemuka, di sini sebentar tadi.

27/02/2013

ULAMAK PUTAR BELIT - Hadi mahu tutup isu kalimah Allah

KOTA BHARU: Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad menyifatkan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat sama seperti yang dilakukan oleh Firaun, dipercayai untuk menutup isu kalimah suci Allah.
 
Kata beliau isu penggunaan kalimah Allah memberi tamparan hebat kepada PAS apabila keputusan dikeluarkan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang menyokong penggunaan kalimah tersebut oleh orang bukan Islam, disanggah Majlis Syura Ulama PAS.
 

26/02/2013

BELUM MENANG DAH BEREBUT NAK JADI PM KERAJAAN BAYANGAN

SHAH ALAM: Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meremehkan isu gabungan itu belum menetapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika  menang pada pilihan raya umum akan datang. 
 
“Kita akan memastikan masa yang sesuai, strategi ini tidak boleh cerita semua dan kalau saya cerita sudah tidak menjadi strategi lagi," Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Beliau enggan menghurai lanjut.
 

25/02/2013

Pakatan Haram lancar manifesto sarat dengan janji


SHAH ALAM: Seperti yang dijangka, manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU ke 13 dilimpah dengan pelbagai imbuhan, pembatalan projek tertentu, penurunan cukai dan dana lumayan untuk pengundi yang disasarkan.

Malah pakatan pembangkang itu menjanjikan RM50 sebulan untuk setiap isteri dengan syarat suami mencarum sehingga RM100 dalam skim caruman wanita kebangsaan.

24/02/2013

Kes Liwat: Mahkamah Dengar Rayuan Pada 22 Julai Ini


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai ini bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Tarikh rayuan tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, N. Kanageswari semasa pengurusan kes tersebut di hadapan beliau pada Jumaat.
Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin hadir bagi pihak pendakwaan manakala Anwar diwakili oleh peguam Zaleha Al-Hayat.

KUASA DAN MENGUMPUL KEKAYAAN ITULAH NIAT PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Pemimpin parti dalam pakatan pembangkang kini lebih berminat mengejar kuasa dan jawatan daripada mementingkan kesejahteraan rakyat, dakwa seorang bekas pemimpin DAP hari ini.

Bekas Ketua DAP Cawangan Pantai Sepang Putra, Sepang R.Vellasamy berkata keadaan itu jelas apabila tiada kesepakatan di kalangan pemimpin DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS dan dalam soal pembahagian kerusi seperti yang berlaku di Johor sungguhpun pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada bila-bila masa.

23/02/2013

Binatang & BR1M - Ularmak akhir zaman.

Ularmak akhir zaman

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan, sebagai menghina rakyat dan amat keterlaluan.


Beliau turut mempersoal kenyataan itu yang tidak konsisten memandangkan pakatan pembangkang terutamanya di Selangor turut menjanjikan beberapa perkara yang bersifat kewangan.

"Apa beza dengan janji dia (pakatan pembangkang) di Selangor. Elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma...itu kan pemberian kewangan juga? Apa beza dengan BR1M? Jadi takkanlah Nik Aziz nak kutuk bila kita buat dan bila pakatan buat dia tak kata apa-apa?.

22/02/2013

Curang: Wanita potong alat kelamin suami dengan pisau dapur

JAKARTA 21 Feb. - Perasaan curiga dan cemburu seorang wanita terhadap suaminya yang dipercayai curang menyebabkan dia tergamak memotong alat kelamin suaminya dengan sebilah pisau dapur, dalam satu kejadian di Jawa Timur, hari ini.

Kejadian yang menggemparkan itu berlaku di Kampung Langsar, dalam daerah kecil Saronggi, Sumenep, lapor portal berita Tempo.Co.

"Kejadiannya sekitar pukul 4 pagi," kata Mahrus, penduduk Langsar sebagaimana dipetik laman portal berita itu.

21/02/2013

Tolak pemimpin tidak hormati undang-undang

Sementara demam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dirasai, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berpandangan bahawa pemimpin-pemimpin yang tidak boleh mengikut peraturan dan undang-undang yang mereka sendiri gubal harus ditolak oleh rakyat.

Kata beliau, oleh kerana kesemua undang-undang digubal ahli-ahli Parlimen ahli-ahli politik khususnya mereka yang bergelar wakil rakyat sewajarnya menghormati keputusan Parlimen dan apa jua kekurangan harus dibincangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Abu Zahar yang juga bekas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri ini berkata, peraturan yang wujud sehingga hari ini adalah berdasarkan perbincangan dan persetujuan pemimpin yang dilantik oleh rakyat.

NIK AZIZ MEMANG KAKI PENIPU !!!

Nik Aziz lidah bercabang
Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.

Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.

Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.

20/02/2013

SIKAP PEJUANG-PEJUANG PAS RUSILA PENTINGKAN DUIT DARIPADA PEMBELAJARAN ANAK-ANAK ???

Kehadiran ibu/bapa di Mesyuarat Agung PIBG SMK Rusila - ramai guru-guru daripada ibu/bapa.
Rhu Rendang - Inilah yang berlaku dewasa ini, terutamanya hampirnya Pilihanraya UMUM ke 13 yang akan tiba pada bila-bila masa saja lagi.

Perkara ini berlaku ketika Majlis Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah RUSILA pada 16/02/2013 jam 9.00 pagi, alangkah sedihnya kehadiran ibu/bapa dan penjaga pelajar hanya tidak melebihi 40 orang. 


19/02/2013

TAHNIAH DAN SYABAS GELOMBANG MERAH - TUKAR

mustapha-anakkelantanxx
Datuk Seri Mustapa Mohamed bukanlah pemimpin yang suka cakap besar atau omong kosong.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu tahu hakikat betapa sukar untuk UMNO atau Barisan Nasional (BN) Kelantan menawan negeri yang sudah ditadbirkan PAS lebih 23 tahun.

Malah, Ahli Parlimen Jeli itu melihat bagaimana rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang terus memangkah PAS termasuk mereka yang berhijrah tetapi kembali ke negeri asal ketika pilihan raya 1999, 2004 dan 2008.

18/02/2013

Pesanan Ust Fadhil Noor Kepada Anak-anak Muda ( Sempena Ulangtahun Pemergian Ust Fadhil)



“Tunaikan solat kerana solat itu amanah Allah swt supaya kita layak digelar hamba-Nya”.

“Jangan masuk PAS kalau hampa cari dunia. Jangan panggil diri hampa pejuang Islam kalau hampa nak manusia puji hampa. Hampa jangan dok perasan macam hampa ulama kalau perjuangan hampa hanya setakat serban, jubah dan kopiah”.

“PAS bukan untuk orang yang buru dunia. PAS adalah untuk orang yang buru akhirat. Hidup mulia atau mati syahid. Mati beriman. Hidup bermaruah. Minta ampun dengan Allah Ta'ala kalau ada buat dosa tapi jangan putus asa dengan Allah Ta'ala”.

“Mana ada manusia tak pernah buat dosa? Rasulullah saw jadi ma’sum sebab Allah Ta'ala belah dada dia. Dia manusia pilihan Allah Ta'ala untuk didik dan selamatkan kita semua. Dia kekasih Allah Ta'ala. Jangan dok pikiaq, ooooo kita banyak dosa, kita banyak dosa, lepas terus lupakan perjuangan."

17/02/2013

Mentor Nik Aziz - Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew masuk hospital

SINGAPURA - Bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew dimasukkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) hari ini selepas disyaki mengalami serangan iskemia transien yang dikaitkan dengan masalah pemfibrilan atrium berpanjangan atau gangguan kadar denyutan jantung.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, bekas menteri mentor itu telah pulih daripada serangan itu tetapi akan ditahan dalam wad bagi pemerhatian untuk beberapa hari bagi  membolehkan doktor melaraskan ubatnya.

Serangan iskemia transien berlaku apabila aliran darah ke bahagian otak terhenti buat seketika menyebabkan pesakit kemudian mengalami simpton seperti strok.

Bagaimanapun, simptom strok itu akan hilang dalam tempoh kurang 24 jam.

Lee, 89, menjadi perdana menteri Singapura dari 1959 hingga 1990. - Bernama

16/02/2013

Haram mengundi Pakatan Rakyat termasuk PAS

Sudah kecewa dengan Pas
NGO yang hadir ketika Abdullah (tengah) mengisytiharkan wajib undi BN
dan haram undi Pakatan Rakyat, semalam.
TUMPAT - Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah mengisytiharkan wajib mengundi Barisan Nasional dan haram mengundi Pakatan Rakyat apabila Pas didakwanya sudah mula terpesong jauh daripada memperjuangkan Islam.


Pengisytiharan tersebut dibuat di surau Pondok Geting (An-Najmiah), semalam yang dihadiri kira-kira 50 NGO dari Ummati Tanah Air, Pendidikan Fakta (Pendita) Minda Pondok, Selamat Tinggal Pas dan Ikatan Cendekiawan Negeri Kelantan.

NGO tersebut sepakat hadir untuk mengisytiharkan haram mengundi Pakatan Rakyat berdasarkan nas-nas yang dijelaskan mengikut al-Quran, hadis, ijmak ulama dan kitab-kitab muktabar.


Syukur... dari ratusan negara, harga minyak Malaysia antara paling murah di dunia

Kita tunggu apa lagi pembangkang nak memekak lepas ini, setelah penyelidikan oleh agensi berita kewangan antarabangsa Bloomberg, menyenaraikan harga minyak di Malaysia, iaitu pada RM7.29 segelen atau RM1.90 seliter yang kelapan paling murah di dunia dan nombor satu di Asia Tenggara.

Ini penyelidikan yang dibiayai oleh mana-mana kerajaan, sebaliknya kajian Bloomberg itu adalah untuk pelanggan-pelanggan mereka di serata dunia buat perbandingan bagi tujuan pelaburan.

15/02/2013

DAP DIBELAKANG Leong Pei Koe !!

Hina Permaisuri Agung, Hasil Hasutan Halus DAP


DAP sebagai sebuah parti yang dambakan negara republik, bukanlah satu rahsia.  Itulah ultimate goalnya sejak dulupun, nak merepublikan negara ini dan menghapuskan sistem beraja.

Walaupun tidak dinyatakan secara terang di dalam perlembagaan parti tersebut, tapi itu adalah agenda tersembunyi, kerana menghapuskan sistem beraja di negara ini menyalahi ketetapan dalam perlembagaan Malaysia, maka DAP menanam hasrat tersebut secara halus kepada orang cina dari masa ke semasa.

Dengan bantuan akhbar cina tertentu, pertubuhan pendidikan cina tertentu dan tertentu-tertentu yang lainnya.

14/02/2013

KERINDUAN SEHARI SEPERTI SETAHUN JIKA TIDAK BERJUMPA TOK GURU HAJI HADI ???

ADA orang tanya, siapa yang bina sebuah teko cantik di perkampungan Kerajaan Langit milik Ayah Pin di Besut.
Jawapannya, tanya Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus, Ustaz Ridhwan Hashim! Calon PAS yang kalah di DUN Teluk Pasu itu mungkin tahu jawapannya.
Seorang lagi pemimpin muda PAS, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu ada cerita tentang kegilaan penyokong PAS yang suka minum air kolah Masjid Rusila di DUN Rhu Rendang, Marang.
Sejak lebih 30 tahun lalu, air kolah Masjid Rusila ‘milik’ Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang atau Ayah Chik dikatakan ‘ada berkat’ yang mampu menjadi penawar.

13/02/2013

PANAS !!!! ADUN Sura Kaut RM300 Ribu Hasil Balak?

Bila ADUN Pas Sura mahu umumkan bahawa sebuah kem tentera siap dibina di Mukim Kumpal, Dungun bagi mengukuhkan kedudukan BN dengan undi pos?
Menjadi kebiasaan pemimpin Pas, projek pembinaan kem tentera atau perumahan polis dibantah atas pelbagai alasan kerana bimbang undi pos tidak memihak kepada parti mereka.
Era pemerintahan Pas di Terengganu (1999-2004), cadangan pembinaan kem tentera di Kumpal, Dungun tidak menjadi masalah kerana projek itu sedikit sebanyak memakmurkan ekonomi kroni-kroni Pas.

12/02/2013

Keganasan yang dilakukan oleh Kerajaan PAS Kelantan


JUJUR TUNJANG KEJAYAAN

Ahli UMNO yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan serta tidak terbabit dengan masalah disiplin tidak perlu takut dengan jawatankuasa disiplin parti itu yang digerakkan lebih awal sebelum pilihan raya bagi memantau salah laku disiplin ahlinya.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, keputusan untuk menggerakkan jawatankuasa disiplin UMNO adalah satu usaha yang baik untuk memperkukuhkan parti selain memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mendapat kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

11/02/2013

Cina Pun Melarat Kalau PAS Memerintah

3 BERADIK
NASIB 3 beradik berbangsa Cina di Kelantan yang menetap dalam keadaan daif seperti dilapurkan media hari ini membuktikan satu perkara yang sering rakyat Malaysia ini terlepas pandang – PAS memang parti pembawa sial, kekufuran dan kepapaan.

Kelantan adalah negeri yang diperintah PAS selama 22 tahun.

Penulis jarang jumpa orang cina melarat.  Bangsa cina di Malaysia ini biasanya diketahui sebagai bangsa yang senang dan mewah, paling cikai pun sederhana hidupnya.  Kalau ada melarat sekalipun, kehidupan mereka dibantu komuniti cina dan persatuan-persatuan tertentu yang bersepah-sepah.

Malah kaum cina boleh hidup di negara miskin seperti Papua New Guinea pun, membuktikan ketabahan bangsa ini dalam menyesuaikan diri dan bertahan dimana sahaja mereka berada, sehinggakan dalam beberapa keadaan, orang cina dan kekuatan ekonomi mereka seolah-olah imun dari krisis.

10/02/2013

BONGKAR !!! RM200 Ribu, Jawatan MB – ‘Ayat’ ADUN Ladang Pikat Isteri Orang


Seperti yang dijanjikan, TT akan mendedahkan bagaimana ADUN PAS Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar menjalin hubungan ‘istimewa’ dengan isteri orang, Aida Tengah.
Sejak terjalin hubungan itu, isteri Mohd Apandi Abdullah pun bercakap macam orang politik, berbelit-belit dan selalu mencipta alasan pelik. Bila ditanya alasan untuk keluar, “keluar jumpa kawan” – itulah jawapan Aida kepada suaminya.

09/02/2013

Pegawai khas Ronnie Liu letak jawatan

Jefrei
Jefrei Nordin - Pegawai Khas Ronnie Liu
GEORGETOWN -  Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan peletakan jawata serta-merta berikutan tidak tahan dengan sikap hipokrit dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin itu.
Jefrei Nordin berkata, surat peletakan jawatan itu akan diserahkan kepada Liu dalam masa terdekat.
Menurutnya, tindakan Liu berdiam diri dan tidak menjawab tuduhan rasuah serta penyalahgunaan kuasa menimbulkan seribu persoalan mengenai ketelusannya memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Bukti Nik Aziz Dah Nyanyuk, Tak Layak Bertanding

nikAziz_gangnam_nyanyuk
Ha...ha...ha... macam mane nak bertanding lagi?????
KETIKA ramai melihat Nik Aziz sebagai ketinggalan zaman apabila menganggap penyanyi Oppa Gangnam-Style, Psy sebagai seorang perempuan, penulis pula lebih cenderung untuk mempertikaikan tahap kesihatan mental pemimpin PAS yang telah berusia lebih 80 tahun itu.

Penulis  bimbang Nik Aziz juga sudah tidak boleh membezakan antara jawatan Mursyidul Am dengan Menteri Besar sehingga dia menganggap dia masih layak bertanding dalam pilihanraya umum akan datang dan kekal dalam jawatan tersebut hingga mati – itu kalau PAS menang di Kelantan dalam pilihanraya akan datanglah, tapi nampak gaya macam nak tumbang.

Kalau yang merapu macam ini terdiri dari kalangan pemimpin UMNO macam Tun Mahathir umpamanya, penulis pasti ada waktu ini blog-blog puak kera ini pasti tidak henti-henti mengulang-ngulang kenyataan tersebut.

08/02/2013

Bicara Pengguna bersama YB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob


Marang 07/02/2013 - Program Bicara Pengguna bersama Menteri Perdagangan  Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan YB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang bermula jam 3.00 petang.

Sambutan yang cukup meriah bagi rakyat Marang dimana pertama kalinya dapat bertemu dan berhubung secara langsung dengan Menteri KPDNKK. Turut hadir YB Datuk Yahya Khatib, YB Senator Datuk Ab. Rahman Bakar, Pegawai Daerah Marang, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Pengarah KPDNKK Negeri, Ketua-Ketua Jabatan serta warga Daerah Marang.

Nik Aziz terima 'hadiah istimewa' sempena Hari Jadi

KOTA BHARU 6 Feb. - Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menerima 'hadiah istimewa' daripada Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Gerakan Tukar) iaitu 23 anak pokok getah dan sawit di pejabatnya di sini.

Pemberian itu sebagai simbolik terhadap tindakan Kerajaan Pas Kelantan menjual lebih 4,000 hektar tanah di Gua Musang kepada pemimpin DAP Perak.
Anak pokok itu yang dibawa kira-kira 50 ahli Gerakan Tukar juga bertujuan memberi peringatan kepada Nik Aziz mengenai penderitaan peneroka asal tanah tersebut yang menanam sawit dan getah sejak lebih 20 tahun tetapi akhirnya disodok oleh pemaju untuk mengaut hasil balak.

Bila Gambar Mula berkata-kata: Hanya Akal yang membuat Keputusan

Kalau binatang kita boleh lakukan apa sahaja jika sudah mula mengigit kita, tetapi yang membezakan manusia dan binatang itu adalah akal, tetapi spesis ini  hendak dikategorikan apa? Semua habis dilanggarnya.  Cuba teka mereka ini binatang dari spesis apa ????

07/02/2013

TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL KE ATAS ANWAR SEGERA....

Anwar mahu gerak 'Arab Spring'

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Perancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimport demonstrasi jalanan ala 'Arab Spring' mampu menghancurkan keamanan serta kestabilan negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, 'Arab Spring' sekadar alat merealisasikan hasrat Ketua Pembangkang berkenaan menjadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, Anwar tidak akan sesekali mempedulikan soal kestabilan atau kemerosotan ekonomi dalam memastikan hasrat tersebut tercapai.

Haji Hadi dan Nik Aziz perlu dengar fakta penting mengenai Isu Kalimah Allah

Takziah, Malaysia kehilangan seorang pakar IT

Azli Paat

Saudara Azli Paat seorang Pakar IT yang sering muncul di stesen tv dan radio tempatan telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 8 malam tadi, beliau hanya demam dan sakit dada sahaja.

Beliau adalah CEO dan Founder Ada Vista Sdn Bhd. Berikut ada info peribadi beliau. Beliau sangat dikenali dikalangan oranng yang melibatkan diri dalam industri IT, kehilangannya sukar dicari ganti,

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.

CEO & Founder · Kuala Lumpur, Malaysia · January 2010 to present
Mobile Application developer - Mobile Internet Radio
Bernama Radio24 Mobile Streaming RadiowithHakimi Zain and 2 others
January 2011 to presentProviding infrastructure for Bernama 24 Mobile Streaming Radio

06/02/2013

DAP Tidak Ikhlas Bertahaluf Dengan PAS dan perlu bertegas

Tok Guru barua LGE
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata DAP sudah jelas mencabuli dasar hormat-menghormati yang dijalin melalui 'tahaluf siyasi' apabila ia secara terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan PAS.
Tahaluf siyasi bermaksud kerjasama badan Islam dengan pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam dalam perjuangannya, bagi mencapai matlamat sama.
Beliau berpendapat tindakan itu adalah satu sikap yang tidak menghormati semangat kesepakatan antara parti yang sekaligus menandakan mereka tidak ikhlas dalam bertahaluf dengan PAS.

PAS jadi ‘cacing kepanasan’ gara-gara tujuh projek besar di Kelantan

KOTA BHARU: Tujuh projek besar yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika lawatannya ke Kelantan baru-baru ini bagi memajukan negeri itu menjadi topik "panas" dalam kalangan penduduk Kelantan. 

Pembangkang, khususnya PAS, pada ceramah mereka cuba meredakan keterujaan anak Kelantan dengan mendakwa itu janji palsu dan Barisan Nasional (BN) hanya mahu memancing undi pada Pilihan Raya Umum ke-13. 

Namun, banyak pihak melihat pengumuman perdana menteri itu membuatkan PAS umpama "cacing kepanasan" kerana tujuh projek terbabit adalah prasarana yang sangat diperlukan rakyat dan PAS gagal melaksanakannya sekalipun mentadbir Kelantan lebih 22 tahun sejak 1990. 

05/02/2013

Asrama sekolah Maahad Darul Quran Haji Hadi terbakar???

MARANG - Sebuah blok asrama separuh konkrit Sekolah Maahad Darul Quran yang menempatkan 90 pelajar musnah dalam kebakaran semalam.
Kebakaran pada 10.30 malam itu menyebabkan pelajar tingkatan dua sekolah yang dikendalikan parti PAS tinggal sehelai sepinggang selepas asrama itu hampir seratus peratus musnah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Kejadian itu berlaku ketika pelajar berkenaan sedang belajar di dalam kelas dan disedari orang ramai termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berada di dalam sebuah daripada bangunan di kawasan itu.

HADI DOLAK DALIH UNTUK SELAMATKAN DIRI

Hadi-Awang-sakit kepala
Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berdolak dalik dalam isu kalimah ALLAH dalam beberapa perkara.

Pertama, untuk menyelamatkan dirinya beliau menuduh UMNO pihak yang bertanggungjawab mewujudkan kekeliruan di kalangan penganut agama di Malaysia.

Beliau membuat komen tersebut ketika menjawab dakwaan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan Pas mengeksploitasi agama dan kalimah ALLAH untuk memancing undi.


04/02/2013

Mengapa Anwar Takut Sangat Kepada TUN MAHATHIR !!!


Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. 
Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.
Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.

Isu Kalimah : Salah UMNO, Hadi Awang Buktikan Dirinya 'Munafik'


Akibat terlalu lama bersahabat dengan 'syaitan', akhirnya Hadi Awang memilih jalan untuk menjadi manusia paling 'munafik' di penghujung karier politiknya.

Setelah tersepit sekian lama dan tiada jalan keluar dalam polimek isu kalimah Allah ini, Hadi Awang menggunakan pendekatan yang sering digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk lari dari masalah yang membelenggu dengan menyalahkan pihak lain. Pihak itu tentunya  ialah UMNO.

Menyalahkan UMNO dalam apa jua isu atau pergolakkan yang melanda parti komponen dalam Pakatan Pembangkang seperti sudah menjadi perkara lazim bagi mereka. Para pemimpin Pembangkang ini tidak pernah sekali pun mengakui kesilapan  yang telah dilakukan apabila timbul kekeliruan di kalangan masyarakat.

03/02/2013

Dakwaan Nik Aziz hanya PAS mampu satukan umat Islam di Malaysia omong kosong

KUALA LUMPUR: Dakwaan Musyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa hanya parti itu yang mampu menjuarai dan menyatukan umat Islam di Malaysia adalah satu 'omong kosong' dan tidak berlandaskan fakta sebenar, kata Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub. 

Beliau berkata, ia dapat dilihat daripada tindak tanduk PAS sendiri antaranya enggan bekerjasama dengan UMNO yang menghulur salam persahabatan penuh ikhlas demi menjuarai umat Islam serta merealisasikan perpaduan orang Melayu di negara ini. 


"Jika Nik Aziz mahu berkata demikian, tunjukkan bukti bahawa PAS ikhlas menjuarai umat Islam dan mahu orang Melayu bersatu. Apakah mengkafirkan dan memurtadkan orang Melayu beragama Islam dalam UMNO dianggap sebagai menjuarai Islam?. 

KALIMAH ALLAH: Bukti pengikut PAS tak setuju dgn Haji Hadi dan Nik Aziz

Berdasarkan undian yang diadakan DISINI sejak semalam, masih belum ada seorang pun yang mengundi untuk membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain. Adakah ini menunjukkan tokoh politik PAS iaitu Haji Hadi dan Nik Aziz telah membuat satu keputusan salah hanya kerana mahukan undi bukan melayu. 

Nampaknya ramai yang bersetuju dgn pendapat berlandaskan kepentingan agama oleh ilmuan islam dalam PAS seperti Ust Haron Din, Ust Harun Taib, Ust Nasharudin, Ust Taib Azamudin dan lain.

02/02/2013

KONSPIRASI UMNO ITULAH JAWAPAN ANUAR IBRAHIM


Isu pendatang Sabah: Dr Mahathir dakwa Anwar terlibat ...

Apa agaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim nak bersilat selepas ini? Ini bab isu pemberian warganegara dan kad pengenalan kepada pendatang di Sabah yang hangat jadi fokus semasa prosiding Suruhanjaya siasatan Diraja (RCI) mengenainya sekarang.

Jangan lupa orang yang pernah berada di puncak kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri semasa dalam barisan nasional dulu, itu baru-baru ini sudah 'tunjuk baik' konon tiada apa-apa kaitan langsung dengan hal berkenaan.

01/02/2013

TAHNIAH DAN SYABAS USTAS KARPAL SINGH DILANTIK KETUA MAJLIS SYURA ULAMA PAS YANG BARU

Dengan pemecatan ini, Majlis Syura secara tidak langsung menolak idea perpaduan yang diperjuangkan oleh Nasha. Suka atau tidak, ahlul PAS perlu akui bahawa tiada istilah perpaduan Islam yang menjadi dasar parti itu.
Mungkin penulis pernah beranggapan, bahawa fotonya bersama Perdana Menteri di Palestin adalah titik tolak pemecatannya  di dalam Majlis Syura PAS. Namun, foto-foto sebelum ini di Mekah, ditambah pula dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri di hari persandingan anaknya sudah cukup untuk PAS berbuat demikian.
Apa sebenarnya motif pemecatan ini?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...