
KOTA BHARU: Tujuh projek besar yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika lawatannya ke Kelantan baru-baru ini bagi memajukan negeri itu menjadi topik "panas" dalam kalangan penduduk Kelantan.
Pembangkang, khususnya PAS, pada ceramah mereka cuba meredakan keterujaan anak Kelantan dengan mendakwa itu janji palsu dan Barisan Nasional (BN) hanya mahu memancing undi pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Namun, banyak pihak melihat pengumuman perdana menteri itu membuatkan PAS umpama "cacing kepanasan" kerana tujuh projek terbabit adalah prasarana yang sangat diperlukan rakyat dan PAS gagal melaksanakannya sekalipun mentadbir Kelantan lebih 22 tahun sejak 1990.